Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak, melapangkan dada dan bagus untuk prostate. Sebab itulah kaum lelaki amat di galakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara penyediaan air nabeez:
Selepas isya’, rendam kira2 100gm kurma/100gm kismis di dalam 1 liter air. Kurma ajwa adalah yang terbaik, tapi boleh juga mengunakan kurma – kurma yang lain. Jika ingin menggunakan kismis, manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yg hitam.
Guna 3 biji kurma @ segenggam kismis untuk segelas air. Jika ingin menggunakan kurma, lebih baik angka ganjil. Tutup gelas tersebut, dan biarkan ia semalaman @ kira-kira 12 jam. Guna air biasa, bukannya air panas. Peringatan, jangan di campur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja
Esok pagi, keluarkan kurma tersebut, kacau & minum. Kurma tersebut boleh di makan begitu saja atau di kisar dengan air Nabeez tadi, dan minum.
Kalau hendak minum malam, boleh rendamnya pada waktu pagi. Minum sebaik-baiknya selepas makan, bukan semasa perut kosong. Lebih afdal 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging. Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.
Untuk lebih selamat, simpan dalam peti sejuk agar air Nabeez tidak mudah rosak.
0 comments:
Post a Comment