17 Bahaya Lidah

MUHASABAH DIRI SENDIRI..

1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.

Kisah Rasululah SAW Dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar di Madinah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari ia selalu berkata pada orang yang mendekatinya: "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Tips Penting Bilik Hotel Yang Wajib Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.

27 Fakta Menarik Yang Anda Tak Tahu

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK.. YKK bermakna Yoshida Kogyo
Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip
yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa
tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi² dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee.. pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang
diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpt jawapan
12345678987654321.
 

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.


18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk²nya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari
sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung²

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk
menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk
mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

5 Negara Terkuat di Dunia

Negara-negara kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang. Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini.

Malaysia Diantara 5 Negara Paling Ramai Pelacur Di Asia

Amat mengejutkan apabila Malaysia termasuk senarai lima negara di Asia mempunyai jumlah pelacur paling ramai. Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan dikarang oleh Denis Foynes.

Info Kenapa Bahaya Membunuh Lipas

Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Bangsa Tibet Memiliki Gen Super Athlete

Kemampuan luar biasa orang Tibet bernafas tanpa masalah di kawasan beraltitud tinggi telah mencetuskan minat sekumpulan saintis untuk memahami apakah faktor yang menjadikan tubuh mereka begitu kuat. Keputusan dari beberapa siri eksperimen yang berjaya dikenal pasti, ialah kehadiran gen ‘super athlete’ dalam kelompok tersebut. Gen tersebut diwarisi dari Denisovan; iaitu sejenis spesis manusia purba yang pupus setelah berlakunya proses asimilasi dengan orang Eropah dan Asia lebih 40,000 tahun lalu.

Nak Dapat 6 Pack? Kesalahan Senaman Yang Sering Di Lakukan

Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Antaranya:


Misteri Tubuh Manusia Terbakar Sendiri

Adakah Pembakaran Spontan Manusia (Spontaneous Human Combustion, SHC) akibat daripada api misteri yang mengerikan dalam badan, atau salah tafsiran mengenai perkara yang jarang berlaku, dimana ia membakar badan hingga membawa maut? Pakar-pakar masih mengkaji misteri orang-orang yang terbakar ini, dan belum menemui sebarang sebab saintifik yang jelas.

Misteri Sumpahan Sang Kelembai

Sang Kelembai atau Sang Gedembai begitu sinonim dalam cerita-cerita rakyat dalam masyarakat melayu yang sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah.


Para Lelaki Ambil Perhatian - Petua Dan Cara Menjaga Tenaga Batin

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri.Batang zakar harus sentiasa panas.

Cara Terbaik Menjaga Buah Pinggang Supaya Sentiasa Sihat

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memahami Fitnah Sebab Dan Akibat

Secara asasnya perkataan “fitnah” berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud bencana, cubaan dan penyesatan. Manakala kamus Dewan menterjemahkan fitnah sebagai tuduhan, kabar atau kisah yang diadakan atau dibuat untuk memburukkan seseorang. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa kerana ia membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.

Namun, definasi ‘fitnah’ di dalam Al Qur’an membawa makna yang beragam sesuai dengan konteks kalimatnya. Ada yang bermakna bala bencana, ujian, cobaan, musibah, kemusyrikan, kekafiran, dan sebagainya. Maka kata ‘fitnah’ haruslah dipahami secara keseluruhan dari latar belakang turunnya ayat dan konteks kalimat, dengan memperhatikan pemahaman ulama tafsir terhadap kata tersebut.

Firman Allah:
ۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۗ
Ertinya:
“… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” (al-Baqarah:217)

Asbab turunnya ayat tersebut adalah dimana seorang musyrik yang dibunuh pada bulan Rejab atau pun bulan haram. Orang muslimin menyangka bulan itu masih bulan Jumadil Akhir. Melihat kawannya dibunuh, kaum musyrikin memprotes dan mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw. telah menodai bulan haram. Maka turunlah ayat yang menjelaskan bahawa kemusyrikan dan menghalangi muslimin untuk beribadah di Baitullah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang beriman.

Secara keseluruhannya, ada 15 ayat (termasuk ayat di atas, surah Al-baqarah: ayat 217) di dalam Al-quran Nur Karim, yang menceritakan tentang bahaya fitnah yang boleh dijadikan rujukkan atau panduan umat manusia. Senarai ayat-ayat adalah seperti yang berikut;

1. Bunuhlah mereka di mana juga kamu temui. Usirlah dari tempat mereka mengusir kamu. Fitnah itu lebih besar bahaya daripada pembunuhan. Janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil haram sehingga mereka memerangi kamu padanya. Sekiranya mereka memerangi kamu (ditempat itu) maka perangilah mereka. Demikianlah balasan golongan orang kafir. (Al-Quran: Surah Al-Baqarah – Ayat 191).

2. Perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim. (Al-Quran: Surah Al-Baqarah – Ayat 193).

3. Mereka bertanya engkau tentang berperang dalam bulan haram. Katakanlah (Muhammad) : "Berperang dalam bulan itu berdosa besar. Perbuatan menghalang orang dari jalan Allah dan kufur kepadaNya , (melarang orang masuk) ke masjidil haram serta mengusir penduduknya adalah lebih dosanya di sisi Allah. Fitnah lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Jika mereka mampu, mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sehingga kamu berpaling daripada agama kamu. Sesiapa yang murtad daripada agamanya dan mati, dia adalah kafir. Amalan-amalan (baik) mereka musnah di dunia dan akhirat. Mereka menjadi penghuni neraka yang kekal didalamnya. (Al-Quran: Surah Al-Baqarah – Ayat 217)

4. Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya , semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran . (Al-Quran: Surah Ali’-Imran – Ayat 7)

5. Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh) dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya. (Al-Quran: Surah An Nisa’- Ayat 91)

6. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 39)

7. Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73).

8. Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al-Quran: Surah At-Taubah – Ayat 47)

9. Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya. (Al-Quran: Surah At-Taubah – Ayat 48).

10. Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab Jahanam meliputi orang-orang yang kafir. (Al-Quran: Surah At-Taubah – Ayat 49)

11. Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (Al-Quran: Surah Yunus – Ayat 85)

12. (Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu dan mereka telah disesatkan oleh Samiri (Al-Quran: Surah Thaha – Ayat 85)

13. Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (Al-Quran: Surah Al Hajj – Ayat 11)

14. (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran. (Al-Quran: Surah Al-Hajj – Ayat 53).

15. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11).

Harus difahami bahawa dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya.

Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Selain dari itu, Allah juga telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :

“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”

Wallahu’alam.

Rujukan
1.Al-Quran Dan Terjemahan.
2.Keajaiban Hati dan Keunikannya, Iman Al Ghazali, Amelia Surabaya, 2007
3.Jangan Bersedih, Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Berlian Publications, 2009
4.Penenang Jiwa – Pengubatan & Rawatan, Imam Al-Ghazali, WM, 2008
5.Menjadi Kekasih Allah, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, Citra Media, Yogyakarta, 2008
6.CiliFm, Fb 22/9/2013
7.Buletinalhikmah.blogspot.com 2011



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Rahsia Sulit Negara Yang Tidak Pernah Dihebahkan Kepada Umum

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

Kebetulan Atau Takdir? Lincoln Dan Kennedy

Abraham Lincoln (February 12, 1809 – April 15, 1865) dan John F. Kennedy (May 29, 1917 – November 22, 1963) nama yg tidak asing lagi di dunia kerana mereka adalah merupakan perdana menteri Amerika Syarikat yang ke 16 dan 35. Namun ada beberapa fakta yg misteri yg mengaitkan kedua-dua presiden ini dengan kejadian pembunuhan mereka...



1. Perlantikan dalam kongres : Abraham Lincoln - 1846, John F Kennedy - 1946(beza 100 thn)

2. Perlantikan presiden : Abraham Lincoln - 1860, John F Kennedy - 1960 (beza 100 thn)

3. Kedua-duanya memperjuangkan hak asasi manusia.

4. Isteri mereka pernah keguguran ketika tinggal dan selepas meninggalkan White House.

5. L.I.N.C.O.L.N dan K.E.N.N.E.D.Y ada 7 huruf!

6. Mereka berdua ditewaskan oleh org selatan.

7. Pengganti mereka berdua bernama Johnson dgn jarak lahir 100 thn! Andrew Johnson yg menggantikan Lincoln dilahirkan pada tahun 1808 manakala Lyndon Johnson yg menewaskan Kennedy dilahirkan pada 1908.

8. Abraham Lincoln mati pada 1865, Andrew Johnson mati pada 1875 (10 thn jarak kematian). John F Kennedy mati pada 1963, Lyndon Johnson mati pada 1973 (10 thn jarak kematian).

9. Lincoln dan Kennedy mati pada hari Jumaat.

10. Lincoln dan Kennedy mati ditembak di kepala.

11. Lincoln dan Kennedy mati ketika duduk di sebelah isteri mereka.

12. Kedua-dua mati ditembak oleh org selatan.

13. 100 tahun jarak usia pembunuh mereka. John Wilkes Booth yg membunuh Lincoln dilahirkan pada 1839 di Bel Air, Maryland manakala Lee Harvey Oswald yg membunuh Kennedy dilahirkan pada 1939 di Alvar Street, New Orleans.


 John Wilkes Booth

Lee Harvey Oswald
14.Kedua-dua pembunuh mempunyai 3 suku kata nama dengan 15 huruf.

15. John WIlkes Booth melarikan diri dari panggung(Ford's Theatre) ke warehouse(bangsal pembakaran, manakala Lee Harvey Oswald melarikan diri dari warehouse(Texas School Book Depository) ke panggung(Texas Theatre).

16. John WIlkes Booth & Lee Harvey Oswald mati dibunuh sebelum hari perbicaraan.

Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald

17. Kereta yg dinaik Kennedy sebelum mati ditembak adalah milik Lincoln.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Suka Makan Kaki Ayam? Ini Khasiatnya

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Kenali Kategori Solat Anda ~ Wajib!


Anda fikirkan anda dari jenis solat yang macammana ?


#1 - Solat Ikut-Ikutan

Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli,
solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.

Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat
kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh
Allah SWT di Akhirat kelak.



Air Tangan Isteri - Tips Rumahtangga Bahagia

Tiada apa yang lebih menggembirakan si ibu apabila melihat seisi keluarga kenyang dengan hasil air tangannya sendiri. Namun adakah masakan tersebut ada nilai barakah di sisi Allah?

Berikut adalah tipsnya:


Misteri Hantu Krew Pesawat 401

Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.

10 Tips Elak Tidur Berdengkur

Anda mengalami masalah berdengkur ketika tidur? Mungkin anda tidak perasan. Ibubapa, pasangan ataupun rakan anda mungkin sedar akan gejala itu pada diri anda.

Fakta Yang Dijadikan Fantasi - Dracula, Pemusnah Umat Islam Dalam Perang Salib

Gambar Hiasan

Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh sejarah yang begitu nyata dimanipulasikan oleh Barat. Kalau filem Rambo merupakan satu fantasi yang kemudian dianggap seolah-olah wujud oleh Barat, tetapi Dracula sebaliknya, iaitu watak atau fakta yang dijadikan fantasi.

Petua Dan Tips Mudah Bangun Solat Subuh

Alhamdulillah, saya menemui sebuah buku bertajuk Keajaiban Solat Subuh (The Miracle of Solat Subuh) tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani yang telah diterjemahkan mempunyai beberapa tip untuk mudah bangun mendirikan Solat Subuh. Berikut ringkasan yang dapat saya simpulkan merujuk kepada buku di atas. Mudah-mudahan memberi manfaat buat saya dan kita semua


Cara Berjalan Melambangkan Sikap Wanita

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


Kewujudan & Kecantikan Gua Kristal Naica

Sekumpulan ahli geologi barat telah menjumpai sebuah Gua Kristal yg trletak di bawah Pergunungan Naica.

Kawasan pergunungan ini dikelilingi dgn padang pasir Chihuahua di MEXICO


Menurut ketua Ahli Geologi tersebut, kristal di dalam gua ini mampu membesar kerana ianya mengandungi sumber mineral yg banyak serta dibantu dgn kadar suhu yg optimum pada julat 58 darjah celcius.








<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

4 Petua Panjang Usia

GAYA hidup masyarakat semakin berubah. Remaja hari ini lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer dan berinternet berbanding di padang bersama rakan-rakan. Mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Dari segi pemakanan pula, anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai makanan yang siap diproses berbanding makanan segar hinggakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digemari oleh mereka. Mereka lebih suka makan makanan segera dan minuman berkarbonat.

Syok Sendiri? Pembohongan Para Penjelajah Terkenal Dunia

Selama ni kita sering disajikan dengan pelbagai cerita dan kisah yang menggambarkan kehebatan dan keagungan penjelajah Barat seperti yang pernah ditulis dalam buku-buku biografi diorang..Tapi pernah tak sesekali kita terfikir sama ada diorang ni cerita benda betul ke atau sekadar buat cerita syok sendiri.


Fakta Sarkastik 1 Malaysia

1. BANK hanya akan beri loan kepada orang yang mampu membuktikan mereka tidak memerlukan loan.

SILMIDO - Kisah Komando Samseng Rahsia Korea Selatan

Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. Mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiada saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. Tujuan untuk menjadikan meraka askar.




Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.


Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa dibunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.



Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti ke arah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.



Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk dibunuh supaya rancangan sulit itu dapat dirahsiakan kepada umum.Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.

Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah dilatih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. Akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup diarahkan untuk dibunuh supaya dapat menutup rahsia itu.



Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah difilemkan dan mendapat sambutan yang hebat

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Koleksi Petua Orang Lama - Wajib Diamalkan Sebagai Alternatif

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


Jawapan Kepada Sembilan Persoalan Atheis

Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”

Misteri Lagu Berhantu (Haunted Song) "Menanti keKasih"

Mungkin tak ramai yang kenal dengan Alda, atau nama penuhnya Alda Risma Elfariani. Beliau adalah penyanyi dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu "Aku tak biasa" & Lagu terakhir sebelum belia meninggal dunia adalah berjudul "Menanti keKasih".


9 Cara Melihat Hantu

Pernahkan anda terfikir bagaimana anda boleh melihat hantu? cara-cara melihat hantu? pernahkan anda merasakan kehadiran mereka di sekeliling anda? 

Jika pernah terlintas di fikiran anda untuk melihat makhluk alam ghaib ini sila cuba kaedah berikut.

1. Perpindahan Kornea Mata daripada orang yang telah mati

Dikhabarkan, apabila seseorang yang tidak dapat melihat/buta melakukan pembedahan transasksi kornea mata daripada orang yang telah mati boleh melihat hantu. Sesiapa yang melakukan transaksi tersebut akan dapat melihat hantu daripada refleksi cermin.

Khususnya empunya si mata asal yang telah mati, kerana dipercayai si mati mahu matanya kembali.



2. Cubaan bunuh diri wanita mengandung

Wanita mengandung yang cuba membunuh diri dikatakan dapat melihat Hantu, di saat dia ingin membunuh diri, makhluk-makhluk ini akan cuba mendekatinya, samaada untuk menghalang ataupun menghasut wanita tersebut membunuh diri.



3. Papan Oujia.

Papan Oujia mempunyai tulisan yang berunsur satanik di permukaanya. Beberapa orang akan duduk mengelilingi papan tersebut dan mengucapkan ayat menyeru hantu, kadangkala pemain akan menggunakan darah sebenar supaya hantu yang diseru datang.

Mereka semua akan meletakkan jari telunjuk di atas sebuah gelas yang terlengkup di atas papan tersebut, jika makhluk tersebut telah datang mereka dilarang untuk mengalihkan jari secara tiba-tiba, kerana ini akan membuatkan makhluk tersebut marah.



4.Bermain sorok-sorok pada waktu malam.

Bermain sorok-sorok di tempat yang ‘kotor’ seperti hutan, kawasan perkuburan ataupun tempat yang terbengkalai seperti bangunan. Secara tidak langsung makhluk halus akan bermain bersama-sama anda.

Berkemungkinan anda akan disembunyikan makhluk halus, jika ini terjadi rakan-rakan anda tidak akan dapat melihat anda walaupun mereka hanya bersebelahan. Kucing hitam diperlukan untuk mencari anda.



5. Topeng Tanah.

Pergi ke tanah perkuburan, gali beberapa tanah di sekitarnya dan letak di keliling mata anda. Selama tanah tersebut tidak dibersihkan dari mata anda, anda dikatakan boleh melihat hantu.



6. Upacara memanggil hantu lapar.

Anda perlu menyediakan mangkuk, chopstik dan makanan. Ketuk mangkuk tersebut dengan chopstik, teruskan ketukan sehingga hantu datang untuk menjamah makanan yang anda sediakan. Jangan berhenti mengetuk, kerana selagi anda mengetuk, hantu tersebut tidak akan endahkan anda, namun jika anda berhenti mengetuk hantu tersebut akan mengalih pandanganya kepada anda.



7. Menyikat rambut pada waktu malam.

Ini adalah kaedah yang sangat senang, sikat rambut anda sekitar pukul 12 malam di depan cermin, anda akan dapat melihat hantu di refleksi cermin menyikat rambutnya seakan akan mengejek anda. Kadangkala anda tidak perasan refleksi di cermin itu adalah anda, kerana hantu akan menyerupai anda dan meniru segala perbuatan yang anda lakukan.

Jika anda ingin menyikat rambut pada waktu malam selepas ini, sila semak jam anda.



8. Buka payung di dalam rumah pada waktu malam.

Cuba buka payung, khususnya yang berwarna hitam di rumah anda pada waktu malam dan lihat apa yang terjadi.



9. Melihat di celahan kangkang anda.

Bila anda rasa bulu roma anda naik, ataupun merasakan kehadiran makhluk halus di sekeliling anda cuba untuk memberanikan diri melihat di celahan kangkang anda.

Beranikah anda untuk mencuba kaedah ini?



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

Semakin ramai di antara kita terlupa tentang hari yang paling penting ini. Lihat keadaan sekeliling, lihat media sosial, perhatikan semuanya dengan jelas. Adakah kita sudah bersedia?


9 Pembunuhan Kejam Di Malaysia - Ada Yang Bebas Lagi!

1. PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS - 23 Julai 1993

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.




43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...