Bangsa Tibet Memiliki Gen Super Athlete

Kemampuan luar biasa orang Tibet bernafas tanpa masalah di kawasan beraltitud tinggi telah mencetuskan minat sekumpulan saintis untuk memahami apakah faktor yang menjadikan tubuh mereka begitu kuat. Keputusan dari beberapa siri eksperimen yang berjaya dikenal pasti, ialah kehadiran gen ‘super athlete’ dalam kelompok tersebut. Gen tersebut diwarisi dari Denisovan; iaitu sejenis spesis manusia purba yang pupus setelah berlakunya proses asimilasi dengan orang Eropah dan Asia lebih 40,000 tahun lalu.
Secara biologinya, bagi bangsa lain yang biasa hidup di kawasan beraltitud tinggi, mereka dapat bertahan dengan udara nipis kerana mempunyai lebih banyak hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Tetapi bagi orang Tibet yang mampu menyesuaikan diri dengan suhu sejuk di kawasan mereka, adalah disebabkan kurangnya hemoglobin. Pakar berpendapat ciri ini membantu mereka mengelakkan masalah kesihatan yang serius, seperti darah beku dan strok.

Eksperimen dilakukan melalui perbandingan gen dan urutan DNA daripada manusia kuno, iaitu Neanderthal dan Denisovan, yang mana genom telah disusun dari DNA tulang jari seorang perempuan dari gua di Pergunungan Altai, Siberia. Keputusan eksperimen juga telah membawa kepada penemuan ciri orang Melanesia di Papua New Guinea yang mempunyai tahap tertinggi DNA Denisovan (kira-kira lima peratus daripada genom mereka).

Bagi sesetengah orang Cina etnik Han di tanah besar Asia pula, mereka didapati mempunyai tahap keturunan Denisovan yang rendah iaitu kurang dari dua peratus. Bagaimana orang Cina mempunyai keturunan Denisovan?

Berbalik kepada fakta yang sama iaitu 40 ribu tahun yang lalu, nenek moyang orang Tibet dan Cina pernah menjadi sebahagian daripada satu kumpulan,. Tetapi gen ini kemudiannya hilang dalam kebanyakan diri mereka yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa banyak keturunan Denisovan telah terhapus atau hilang mengikut masa.

Penemuan terbaru mengenai orang Tibet dan Denisovan ini mencetuskan perdebatan dan perkongsian tertinggi bagi peminat sains terutamanya di Australia. Ia menunjukkan kes kedua di mana manusia moden terbukti masih mewarisi suatu ciri dan kehebatan daripada manusia kuno.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...