Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tahun 1928 Memang Dah Ada Telefon Bimbit

IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.


LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circuslakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

Siapa tidak kenal dengan Mustafa Kamal Ataturk . Beliau ini telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki dan namanya terkenal diseluruh dunia baik di dunia islam mahupun barat. Beliau ini telah mencetuskan gerakan Turki Muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi kekhalifahan Uthmaniyah pada 1923.  Namun kenaikannya bukan menyatukan umat islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut agen laknatullah dalam menghancurkan islam


Bangsa Tibet Memiliki Gen Super Athlete

Kemampuan luar biasa orang Tibet bernafas tanpa masalah di kawasan beraltitud tinggi telah mencetuskan minat sekumpulan saintis untuk memahami apakah faktor yang menjadikan tubuh mereka begitu kuat. Keputusan dari beberapa siri eksperimen yang berjaya dikenal pasti, ialah kehadiran gen ‘super athlete’ dalam kelompok tersebut. Gen tersebut diwarisi dari Denisovan; iaitu sejenis spesis manusia purba yang pupus setelah berlakunya proses asimilasi dengan orang Eropah dan Asia lebih 40,000 tahun lalu.

Rahsia Sulit Negara Yang Tidak Pernah Dihebahkan Kepada Umum

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

Kebetulan Atau Takdir? Lincoln Dan Kennedy

Abraham Lincoln (February 12, 1809 – April 15, 1865) dan John F. Kennedy (May 29, 1917 – November 22, 1963) nama yg tidak asing lagi di dunia kerana mereka adalah merupakan perdana menteri Amerika Syarikat yang ke 16 dan 35. Namun ada beberapa fakta yg misteri yg mengaitkan kedua-dua presiden ini dengan kejadian pembunuhan mereka...



1. Perlantikan dalam kongres : Abraham Lincoln - 1846, John F Kennedy - 1946(beza 100 thn)

2. Perlantikan presiden : Abraham Lincoln - 1860, John F Kennedy - 1960 (beza 100 thn)

3. Kedua-duanya memperjuangkan hak asasi manusia.

4. Isteri mereka pernah keguguran ketika tinggal dan selepas meninggalkan White House.

5. L.I.N.C.O.L.N dan K.E.N.N.E.D.Y ada 7 huruf!

6. Mereka berdua ditewaskan oleh org selatan.

7. Pengganti mereka berdua bernama Johnson dgn jarak lahir 100 thn! Andrew Johnson yg menggantikan Lincoln dilahirkan pada tahun 1808 manakala Lyndon Johnson yg menewaskan Kennedy dilahirkan pada 1908.

8. Abraham Lincoln mati pada 1865, Andrew Johnson mati pada 1875 (10 thn jarak kematian). John F Kennedy mati pada 1963, Lyndon Johnson mati pada 1973 (10 thn jarak kematian).

9. Lincoln dan Kennedy mati pada hari Jumaat.

10. Lincoln dan Kennedy mati ditembak di kepala.

11. Lincoln dan Kennedy mati ketika duduk di sebelah isteri mereka.

12. Kedua-dua mati ditembak oleh org selatan.

13. 100 tahun jarak usia pembunuh mereka. John Wilkes Booth yg membunuh Lincoln dilahirkan pada 1839 di Bel Air, Maryland manakala Lee Harvey Oswald yg membunuh Kennedy dilahirkan pada 1939 di Alvar Street, New Orleans.


 John Wilkes Booth

Lee Harvey Oswald
14.Kedua-dua pembunuh mempunyai 3 suku kata nama dengan 15 huruf.

15. John WIlkes Booth melarikan diri dari panggung(Ford's Theatre) ke warehouse(bangsal pembakaran, manakala Lee Harvey Oswald melarikan diri dari warehouse(Texas School Book Depository) ke panggung(Texas Theatre).

16. John WIlkes Booth & Lee Harvey Oswald mati dibunuh sebelum hari perbicaraan.

Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald

17. Kereta yg dinaik Kennedy sebelum mati ditembak adalah milik Lincoln.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Fakta Yang Dijadikan Fantasi - Dracula, Pemusnah Umat Islam Dalam Perang Salib

Gambar Hiasan

Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh sejarah yang begitu nyata dimanipulasikan oleh Barat. Kalau filem Rambo merupakan satu fantasi yang kemudian dianggap seolah-olah wujud oleh Barat, tetapi Dracula sebaliknya, iaitu watak atau fakta yang dijadikan fantasi.

Syok Sendiri? Pembohongan Para Penjelajah Terkenal Dunia

Selama ni kita sering disajikan dengan pelbagai cerita dan kisah yang menggambarkan kehebatan dan keagungan penjelajah Barat seperti yang pernah ditulis dalam buku-buku biografi diorang..Tapi pernah tak sesekali kita terfikir sama ada diorang ni cerita benda betul ke atau sekadar buat cerita syok sendiri.


SILMIDO - Kisah Komando Samseng Rahsia Korea Selatan

Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. Mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiada saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. Tujuan untuk menjadikan meraka askar.




Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.


Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa dibunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.



Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti ke arah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.



Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk dibunuh supaya rancangan sulit itu dapat dirahsiakan kepada umum.Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.

Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah dilatih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. Akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup diarahkan untuk dibunuh supaya dapat menutup rahsia itu.



Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah difilemkan dan mendapat sambutan yang hebat

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Jawapan Kepada Sembilan Persoalan Atheis

Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”

9 Pembunuhan Kejam Di Malaysia - Ada Yang Bebas Lagi!

1. PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS - 23 Julai 1993

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.




Top 5 Kematian Tragis Akibat Menghina Tuhan

1. Presiden Brazil, Tancredo Neves

Sewaktu kempen pilihanraya di Brazil diadakan, Tancredo Neves dengan riak berucap di hadapan rakyatnya bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Presiden Brazil melebihi 500,000 undian, tidak ada siapapun mampu menggoyangkan karier politiknya termasuk Tuhan.

Kenapa SABAH MISKIN??? 'Tragedi Double Six' Sejarah Hitam Sabah

Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, di sini, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.


Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.


Senarai mereka yang terkorban ialah:
1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens 
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin 
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun 
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong 
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion 
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau 
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa 
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan 
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad 
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan 
11.Johari Tun Fuad Stephen

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..

i) Rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Allahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut

ii) YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu???? Di saat akhir????

iii) Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.. Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat??? Takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???

iv) Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia.. Selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Penciptaan Kaabah

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)

Doktor Yang Paling Kejam Dalam Sejarah

8. Jack Kevorkian

Dilahirkan di Pontiac, Michigan, pada 26 Mei 1928, Jack Kevorkian adalah seorang Doktor pakar patologi. Beliau dituduh dengan sengaja membantu para pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang serius mengakhiri riwayat mereka dengan kata lain membunuh diri. Beliau mencipta sebuah mesin Euthanasia yang membolehkan pesakitnya memlih untuk membunuh diri dengan 2 cara. Cara pertama adalah Thanatron iaitu menggunakan Infus yang mengandungi garam, sodium thiopental dan kalium klorida untuk disuntikkan pada pesakit. Cara kedua adalah menggunakan Mercitron iaitu sebuah topeng gas karbon monoksida yang dipakaikan kepada pesakit. Pada tahun 1999 Jack dituduh melakukan pembunuhan darjah kedua dan dipenjarakan dari 1999 hingga 2007. Jack meninggal dunia di Royal Oak, Michigan pada 3 Jun 2011.


7. Harry Howard Holmes (Herman Mudgett)

Lebih dikenali sebagai Dr. Harry Howard Holmes dilahir pada 16 Mei 1861 di Gilmanton, USA dan meninggal dunia pada 7 Mei 1896, di Philadelphia. Harry seorang Doktor dan juga seorang penipu di Amerika dan dianggap Doktor pertama menjadi pembunuh bersiri di negaranya. Mudgett dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya dan menunjukkan tanda-tanda kecerdasan yang tinggi dari usia muda. Semasa belajar beliau pernah didakwa mencuri mayat dari makmal sekolah dan melakukan pembedahan ke atas mereka; Disamping itu juga Harry turut melakukan pembunuhan terhadap orang kurang upaya untuk menuntut insurans mereka dengan mendakwa mereka terbunuh secara tidak sengaja. Setelah lulus, Harry berpindah ke Chicago dan dia berjaya mempengaruhi pekerja apotek tempatan untuk membenarkan dia mengambil alih pemilikan sebuah hotel. Di hotel, dia melakukan eksperimen terhadap tubuh manusia. Dia sering kali memilih wanita untuk menjadi mangsa dan mencekik sehingga mati. Mayat-mayat itu dibedah, dibuang daging mereka untuk dijadikan kerangka model. Dia kemudian menjualnya untuk sekolah perubatan.


6.Arnfinn Nesset

Meskipun secara teknikalnya dia bukan seorang doktor, Arnfinn Norway Nesset adalah seorang jururawat yang dituduh membunuh 22 daripada pesakit-pesakitnya. Semua 22 daripada mereka dibunuh dengan suntikan maut Curacit, yang merupakan ubat relaksasi otot. Curacit adalah ubat yang sangat sukar untuk dikesan dalam tubuh. Penyiasatan keatas Arnfinn Nesset berlangsung selama dua tahun dan pada akhir perbicaraan, dia didapati bersalah membunuh 22 orang dan dikenakan hukuman penjara selama 21 tahun yang merupakan hukuman maksimum di Norway. Pada tahun 2004 dia dibebaskan, dan dikatakan hidup di bawah nama yang berbeza di suatu tempat di Norway.


5.Carl Clauberg

Salah seorang daripada dua doktor perubatan Jerman Nazi. Carl Clauberg adalah salah seorang daripada doktor yang melakukan eksperimen di kem tahanan Nazi, khususnya Auschwitz. Selepas menerima pangkat ketua doktor dan mempelajari ginekologi, beliau menjadi profesor ginekologi di Universiti Königsberg. Setelah menyertai Nazi pada tahun 1933, Clauberg, pada 1942, mendekati Heinrich Himmler dan menyarankan percubaan tentang sterilisasi massal untuk perempuan. Himmler bersetuju dan ditugaskan Clauberg ke Block nombor 10 di kem. Clauberg sering kali menggunakan asid cair yang disuntikkan ke dalam rahim wanita. Kadang-kadang pesakit dibunuh akan di autopsi. Dikatakan bahawa seramai 300 orang perempuan telah di uji pada waktu itu dan ramai daripadanya telah menemui ajal. Clauberg akhirnya ditangkap, dibebaskan, dan ditangkap lagi, tetapi meninggal sebelum dibicarakan.


4.John Bodkin Adams

John Bodkin Adams adalah seorang doktor yang hidup dengan pembunuhan dan penipuan. Dikatakan bahawa sejak 1946-1956, lebih dari 160 pesakitnya telah meninggal dunia atas sebab yang mencurigakan. Ada daripada mereka yang meninggal dunia turut meninggalkan wang atau barang berharga lain untuk diwasiatkan, yang kemudiannya di ubah dan ditulis oleh Adams sendiri. Adams sering melakukan pembunuhan pada pesakit-pesakitnya, dengan menggunakan ubat serap atau ubat penghilang rasa sakit yang diberikan secara berlebihan, yang pada akhirnya membunuh pesakit. Dia akhirnya dihadapkan ke mahkamah dan turut juga disiasat dalam kes penipuan.


3.Harold Shipman

Harold Shipman adalah seorang doktor Inggeris yang didakwan membunuh ramai pesakit-pesakitnya. Banyak yang mengatakan dia adalah Doktor pembunuh bersiri yang paling kejam dalam sejarah. Dia telah dinyatakan bersalah membunuh 218 orang, tetapi jumlah sebenar mungkin dua kali ganda, kerana beberapa mangsa tidak dapat dikenalpasti. Pada 1974 beliau menjadi doktor di West Yorkshire, dan setahun kemudian beliau didapati memalsukan sukatan untuk pethidine untuk kegunaan peribadi. Dia didenda tapi boleh meneruskan kariernya. Ramai pesakitnya meninggal dunia dan sebahagian besar kerana suntikan diamorfin. Dia akhirnya didakwa dengan memalsukan kematian pesakit. Beliau akhirnya menjalani hukuman penjara seumur hidup setelah dinyatakan bersalah atas 15 pembunuhan pada bulan Januari 2000, setelah empat tahun Shipman dalam penjara, pada 13 Januari 2004 beliau menggantung diri dalam sel penjara.


2. Shiro Ishii

Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi Jepun dan juga doktor. Beliau adalah Leftenan Jeneral Unit 731, yang merupakan unit perang biologi Perang China-Jepun. Walaupun dikenali sebagai seorang yang ego, Ishii cemerlang di sekolah dan ditempatkan di Hospital Tentera Darat ke-1 di Toyko. Dan beliau menerima pasca-sarjana pendidikan di Universiti Empayar Kyoto. Pada tahun 1942, Ishii memulakan ujian tentang perang beracun dengan menggunakan bom, senjata api, dan kaedah lain. Dia menguji POW kuman di China. Dia lakukannya menggunakan senjata di medan perang. Ishii juga melakukan eksperimen manusia dengan tangannya sendiri, dan dikatakan bahawa puluhan ribu orang meninggal, kerana senjata yang diuji seperti Antraks, kolera, yang pes, dan lain-lain. Dia juga melakukan percubaan pada orang lain seperti memaksa pengguguran, simulasi serangan jantung, stroke, hipotermia, dan radang dingin, dan bahkan vivisections.


1. Josef Mengele

Sebagai Pegawai SS Jerman serta doktor Nazi, Josef Mengele mungkin nama yang paling dikenali dalam dalam sejarah. Beliau dikenali sebagai "Malaikat Maut". Mengele adalah doktor utama yang bertanggungjawab menentukan tahanan yang terbaik untuk buruh kerja paksa, dan yang terlalu lemah dan perlu dibunuh. Bukan hanya menentukan nasib jutaan orang tahanan, dia juga dikenali kerana melakukan eksperimen pada tahanan. Di Auschwitz, Mengele sangat berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang hereditas dan sering melakukan percubaan pada kembar. Dikatakan bahawa beliau membawa 10 daripada mereka, menempatkan mereka untuk tidur dan kemudian menggunakan kloroform untuk membunuh mereka, dan membedah untuk membandingkan organ pada tubuh mangsa. Dia juga melakukan percubaan pada dua anak kembar, dijahit bersama dengan saluran darah mereka untuk dijadikan kembar siam. Selain eksperimen, dia juga melakukan eksperimen tentang cara mengubah warna mata dengan disuntik ke iris, mengamputasi anggota badan dan cuba untuk melekatkan kembali mereka, dan sterilisasi wanita.

Kisah 5 Orang Yang Terlepas Dari Hukuman Mati

1. Anne Green

Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun.

Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi.

Namun, setelah sampai di kampus,peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tenggoroknya.

Mereka segera memberinya minum.

Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa kata.

Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.

Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.


2. John Henry George Lee

John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma.

Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang terpotong pisau dan rumahnya terbakar.

John kemudian dinyatakan bersalah dan dihukum gantung.

Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison.

Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman.

Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak.

Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali.

Di tengah kebingungan pihak penjara dan eksekutor, John dikembalikan ke sel nya.

Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.



3. William Duell

Ketika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Sama seperti Anne, mayat William rencananya akan dimanfaatkan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur regular pada waktu itu.

Setelah dinyatakan mati, mayatnya dibawa ke universiti.

Kemudian setelah pakaian nya dilucuti dan diletakkan di atas papan, ada seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas.

Makin lama, William bernafas makin cepat.

Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk.

Malam itu juga,kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman kurungan.



4. Joseph Samuel

Joseph dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut ikut dibunuh.

Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.

Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya.

Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini.

Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan tali.

Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.

Bukannya menggantung tubuh Joseph, tali tersebut malah putus.

Di cuba lagi, tetapi kali ini tali tersebut juga putus.

Di tengah keriuhan penonton, di cuba lagi untuk kali ketiga.

Tali tersebut kembali putus.

Kali ini petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini.

Setelah mengetahuinya,gabernur mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup.

Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa tidak seharusnya Joseph mendapat hukuman tersebut.



5. Wenseslao Moguel

Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis.

Dia ditembak 9 kali,termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri.

Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut.

Foto di atas diambil pada tahun 1937 di acara Ripley's Believe It or Not.

Dimana Moguel memperlihatkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.

Keburukan Makan Dengan Sudu - Kisah Tengku Kudin

Pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : “kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain,


” saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :

- Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

- Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.

- Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.”



Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off oleh Emily Innes.

Lambang Israel : Asal Usul Lambang Israel

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang Israel



Sebenarnya bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan

Rohr Aerotrain : Keretapi Hoverkraf Yang Dilupakan

Sekitar tahun 1970 kerajaan Amerika memjalankan projek pembangunan sistem pengangkutan awam untuk masa hadapan.

Antara konsep pengangkutan awam yang cuba dibangunkan ialah Urban Tracked Air Cushion Vehicle (UTACV - kenderaan kusyen udara urban berlandasan).

UTACV ialah kenderaan yang menggabungkan teknologi hoverkraf dan keretapi.

Kenderaan ini terapung di atas kusyen udara ketika beroperasi.

Kewujudan kusyen udara ini menggurangkan pergeseran antara kenderaan dan trek membenarkannya bergerak pada kelajuan yang tinggi.

UTACV ini dibina oleh syarikat Rohr Industries dan diberikan gelaran Rohr Aerotrain.

Protatip ini sepanjang 20.8 meter dan mempunyai berat 20.8 tan.

Ketika sesi ujian Rohr Aerotrain mampu mencapai kelajuan 240 kilometer sejam.

Pada tahun 1975 projek ini dibatalkan kerana kos yang tinggi serta kurang praktikal.

Kajian mendapati adalah lebih murah untuk menggunakan keretapi biasa dari Aerotrain yang futuristik.

Permasalahan lain ialah Aerotrain sangat bising apabila beroperasi dan angin yang ditiup bagi mengapungnya menyukarkan penumpang untuk menaikinya di platform.






Tragedi berdarah Kota Mekah

Pada akhir tahun 1979, Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi.

Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya iaitu Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan.

Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah!!

Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut.

Beberapa hari sebelum serangan, mereka telah menyembunyikan senjata, peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya.

Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu, Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh, Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan.

Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu, beliau mahukan eksport minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.

Sebagai tindak balas dari serangan tersebut, Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut.

Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korban yang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.

Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.

Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Perancis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi.

Di lapangan terbang Jeddah, Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan ‘tanah haram’ Mekah.

Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri, kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan ke dalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan.

Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi, menyatakan seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman.

Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri, Juhaiman dan para pengikutnya yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid.

Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE, Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Khalid (atau Putera Mahkota Fahd?).

Bagi kebanyakan orang Islam, tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.

Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden.

Insiden ini juga telah membakar semangat Osama. Beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.

Wallahu’alam...

Mentega Berusia 2,000 Tahun Ditemui, Masih Boleh Dimakan

SAVINA DONOHOE (kiri) bersama Andy Halpin (kanan) bersama mentega berusia kira-kira 2,000 tahun yang ditemukan oleh Jack Conway (tengah) di Drakerath, utara Ireland, baru-baru ini. AGENSI

IRELAND 14 Jun - Seorang pemotong rumput menemukan seketul mentega besar seberat kira-kira 10 kilogram (kg), dipercayai berusia lebih 2,000 tahun dan masih boleh dimakan, tertanam di Drakerath, Ireland.

Jack Conway dari Maghera di utara Ireland menemukan mentega itu yang ‘berbau seperti keju’ tertanam sedalam 3.6 meter semasa sedang bekerja di kawasan paya gambut Emlagh, minggu lalu.

Menurut laporan Mail Online, tanah paya gambut sering digunakan untuk mengawet mentega tetapi pakar-pakar mendakwa mentega itu ditanam sebagai persembahan kepada tuhan untuk menjaga keselamatan kawasan berkenaan.

Pembantu Penjaga Muzium Bahagian Antik Ireland, Andy Halpin memberitahu The Irish Times, mentega itu ditemukan dalam kawasan misteri yang pada zaman dahulu sukar dimasuki oleh sesiapa iaitu di sempadan tiga buah negara.

“Secara teori mentega ini boleh dimakan tetapi kami tidak menggalakkannya,” katanya.

Conway telah menghubungi Muzium Wilayah Cavan yang kemudian memindahkan mentega itu ke Muzium Negara.

Kurator Muzium Wilayah Cavan, Savina Donohoe memberitahu UTV Ireland turut mengakui ‘ketulan besar’ tersebut malah bilik yang menempatkannya berbau seperti keju.

Penemuan mentega seumpama itu sering berlaku di Ireland dan Scotland, kadang-kadang ditemukan dalam bekas kayu atau tempat persembunyian haiwan sebagai memelihara keasliannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...