Mentega Berusia 2,000 Tahun Ditemui, Masih Boleh Dimakan

SAVINA DONOHOE (kiri) bersama Andy Halpin (kanan) bersama mentega berusia kira-kira 2,000 tahun yang ditemukan oleh Jack Conway (tengah) di Drakerath, utara Ireland, baru-baru ini. AGENSI

IRELAND 14 Jun - Seorang pemotong rumput menemukan seketul mentega besar seberat kira-kira 10 kilogram (kg), dipercayai berusia lebih 2,000 tahun dan masih boleh dimakan, tertanam di Drakerath, Ireland.

Jack Conway dari Maghera di utara Ireland menemukan mentega itu yang ‘berbau seperti keju’ tertanam sedalam 3.6 meter semasa sedang bekerja di kawasan paya gambut Emlagh, minggu lalu.

Menurut laporan Mail Online, tanah paya gambut sering digunakan untuk mengawet mentega tetapi pakar-pakar mendakwa mentega itu ditanam sebagai persembahan kepada tuhan untuk menjaga keselamatan kawasan berkenaan.

Pembantu Penjaga Muzium Bahagian Antik Ireland, Andy Halpin memberitahu The Irish Times, mentega itu ditemukan dalam kawasan misteri yang pada zaman dahulu sukar dimasuki oleh sesiapa iaitu di sempadan tiga buah negara.

“Secara teori mentega ini boleh dimakan tetapi kami tidak menggalakkannya,” katanya.

Conway telah menghubungi Muzium Wilayah Cavan yang kemudian memindahkan mentega itu ke Muzium Negara.

Kurator Muzium Wilayah Cavan, Savina Donohoe memberitahu UTV Ireland turut mengakui ‘ketulan besar’ tersebut malah bilik yang menempatkannya berbau seperti keju.

Penemuan mentega seumpama itu sering berlaku di Ireland dan Scotland, kadang-kadang ditemukan dalam bekas kayu atau tempat persembunyian haiwan sebagai memelihara keasliannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...