Tips Memilih Nama Anak

Zaman sekarang ramai yang pilih nama anak ikut sedap sebut tanpa ada makna disebaliknya. Sedangkan memilih nama yang baik adalah dituntut dalam Islam. Apatah lagi nama merupakan doa (bila kerap disebut2) kepada anak tersebut dan nama itulah yang akan dipanggil kat akhirat kelak..

Berikut merupakan tips/panduan memilih nama anak yang dianjurkan dalam Islam.

1) Nama yang paling baik/elok adalah Abdullah dan Abdurrahman
“Sesungguhnya nama yang paling dicintai Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman.” (HR. Muslim no. 2132)

2) Harus memberi nama sempena nama para Nabi dan Rasul. Nabi s.a.w sendiri juga pernah menamakan anaknya dengan nama Ibrahim.

3) Memberi nama dengan nama orang-orang soleh terutama nama para sahabat Rasulullah
“Mereka dahulu suka memakai nama para nabi dan orang-orang soleh yang hidup sebelum mereka.” (HR. Muslim no. 2135)

4) Disunatkan memberi nama-nama yang mempunyai makna yang baik dan elok

Ustaz aku dulu pernah pesan..carilah nama anak yang mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Arab; yakni bahasa pertuturan di akhirat kelak. Berhati-hatilah ketika memilih dan pastikan..

i) Buat rujukan beberapa sumber.. Ini kerana nama yang sama kadangkala membawa maksud berbeza bergantung kepada bahasa originnya (asalnya). Nama Haraz/Harraz misalnya, ramai keliru maksud nama Haraz bererti warak. Sedangkan dalam bahasa Arab kata dasar nama حراز adalah حرز yang bermaksud penjaga/pelindung. Haraz=warak diambil dari bahasa Perancis klasik, manakala nama yang sama dalam bahasa Urdhu bermaksud komedi, membuat lawak. Sebagai orang Islam, pastinya kita pilih nama yang mempunyai maksud dalam bahasa Arab..

P/S: Perlu diingatkan juga, nama Haraz tidak membawa makna yang tidak baik dan dibolehkan dalam Islam. Hanya maksudnya dalam bahasa Arab sahaja yang menimbulkan kekeliruan.

ii) Pastikan korang tahu ejaan dalam bahasa Arab yang betul. Nama yang sama tapi ejaan yang berbeza dalam bahasa Arab akan membawa maksud yang berbeza walaupun sebutan lidah Melayu bunyinye sama je.. Contoh paling mudah nama Hakim. حَكيِمٌ dalam bahasa Arab bermaksud bijaksana tapi ejaan tanpa huruf 'ya' حَكِمٌ bermaksud pengadil/hakim.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...