Awasi Anak Anda - Pedofilia Berleluasa Di FB (Murid Tahun Empat Diganggu Pedofilia)

ANTARA rakaman skrin perbualan pedofil dengan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

NILAI: Seorang ibu terkejut apabila anak lelakinya yang berusia 10 tahun menjadi mangsa gangguan seksual oleh pedofilia melalui aplikasi Messenger Facebook ketika berada di rumah di sini, baru-baru ini.

Nurulainey Ab Halim, 29, berkata dia menyedari perkara itu apabila anak sulungnya itu bertanya mengenai permintaan tidak senonoh lelaki terbabit yang membahasakan diri sebagai abang.

"Lelaki itu meminta anak saya menghantar gambar kemaluannya melalui aplikasi itu, selain kerap bertanya banyak soalan yang tidak senonoh ketika mereka berbual melalui aplikasi berkenaan.

"Mujur anak saya bertanya kepada saya mengenai tindakan lelaki itu, selain telefon digunakannya mengalami masalah untuk mengambil gambar.

"Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan dilakukan lelaki itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia cuba menghubungi lelaki itu melalui aplikasi panggilan FB, namun tidak dijawab sebelum menghantar mesej memarahinya.

Nurulainey kemudian memuat naik paparan skrin perbualan antara lelaki itu dan anaknya di FB sebelum ia menjadi viral dengan harapan menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya sentiasa memeriksa aktiviti anak masing-masing di laman sosial.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...