Pisau besi yang diperbuat daripada meteorit itu diletakkan berhampiran paha kanan mayat yang telah diawetkan dalam keranda, menurut para penyelidik Politeknik Milan, Universiti Pisa dan Muzium Mesir di Kaherah.
Pasukan itu melakukan analisis dengan menggunakan spektrometri pendarfluor sinaran X mudah alih dan menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Meteoritics and Planetary Science.
Ahli arkeologi, Howard Carter mendapati penemuan kubur Raja Tutankhamun yang merupakan firaun pada kurun ke-14 Sebelum Masihi pada 1922 menarik minat seluruh dunia.
Tiga tahun kemudian, dua bilah pisau, sebilah diperbuat daripada besi dan sebilah lagi diperbuat daripada emas, ditemui berbungkus dengan mumia dinasti ke-18.
"Logam meteor ini jelas menunjukkan kehadiran yang tinggi logam nikel," kata Daniela Comelli kepada Discovery News.
Pisau firaun itu mengandungi 11 peratus logam nikel, hampir tiga kali ganda jumlah yang ditemui dalam artifak yang dihasilkan oleh perlombongan bijih besi. Ia juga dikesan secara konsisten mempunyai logam kobalt yang merupakan logam meteorit.
Selepas itu, pasukan tersebut mengambil tindakan selanjutnya dengan mencari sumber pisau tersebut.
"Kami mengambil kira semua meteorit yang ditemui di sebuah kawasan dengan jarak radius 2,000 kilometer yang berpusat di Laut Merah dan kami mendapati ia mempunyai 20 logam meteorit," jelas Comelli.
Salah satu daripadanya didapati mengandungi paras logam nikel dan kobalt yang konsisten dengan pusau Raja Tutankhamun. Ia ditemui pada tahun 2000 di pusat peranginan Mesir di bandar Mersa Matruh.
Para penyelidik berkata, kajian mereka menawarkan perspektif baharu terhadap kehidupan firaun Mesir purba dan 'evolusi teknologi pembuatan logam di Mediterranean,".
Kajian tersebut mendapati 'kualiti pembuatan yang tinggi pada pisau Tutankhamun adalah bukti kejayaan awal pertukangan besi pada kurun ke-14 Sebelum Masihi.
"Ketika analisis tepat sumber meteorit terhadap hanya dua artifak logam berharga dari Mesir purba setakat ini, kami mencadangkan Mesir purba telah melakukan sumbangan kepada nilai yang tinggi terhadap logam meteorit untuk pengeluaran hiasan yang halus atau objek istiadat sehingga kurun ke-14 Sebelum Masihi," menurut kesimpulan pasukan itu.
Pisau itu bukan hanya objek yang berasal dari luar angkasa yang ditemui di kubur Raja Tutankhamun.
Satu cebisan azimat pada kalung turut ditemui pada kubur seorang kanak-kanak yang dipercayai diperbuat daripada kaca silika apabila batu dari angkasa lepas jatuh di padang pasir Libya dan mencairkan pasir berhampiran.
An exquisitely decorated golden dagger found inside the sarcophagus of Tutankhamun has been found to have a blade made from iron that came from a meteorite. Researchers have discovered it has levels of cobalt, nickel and phosphorus that match the chemical composition of a meteorite found in Egypt in 2000.
The dagger reveals the sophisticated metal working skills that existed at the time of Tutankhamun. The researchers say the iron blade shows particular mastery compared to other iron objects from the time made using metal obtained from meteorites.
The dagger was found inside the sarcophagus of Tutankhamun in 1925 (coffin pictured left). It was discovered lying next to the right thigh of the boy king's mummified remains (pictured right)
0 comments:
Post a Comment