6 Tips Urus Kewangan Anda

Memikirkan komitmen atau hutang bulanan tetap yang banyak perlu dibayar seperti rumah, kereta, bil telefon, pinjaman pendidikan, duit makan, minyak, tol, dan parking. Selepas ditolak segala komitmen atau kata nama lainnya hutang, akhirnya yang tinggal hanya suku daripada gaji.

Persoalannya bagaimana untuk menyimpan? Adakah bekerja hanya untuk membayar hutang bulanan semata dan tidak perlu berhibur, berbelanja membeli pakaian baru sebagai terapi atau ganjaran buat diri sendiri setelah sebulan penat bekerja. Masalah ini pasti sering membelenggu golongan muda yang baru memulakan kehidupan dalam bidang pekerjaan.

Masalah kewangan boleh menimpa sesiapa sahaja. Tidak kira mereka daripada golongan sederhana mahupun kaya. Sesiapa sahaja mempunyai risiko untuk dibebani hutang jika tidak tahu menguruskan kewangan secara berhemah. Namun melalui pengurusan kewangan yang bijak anda pasti mampu merancang pendapatan dengan baik.

Berikut 6 tip yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:

1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.

2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.

3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.

4. Cuba sedaya upaya elakkan penggunaan kad kredit. Ini kerana kesan berbelanja menggunakan kad kredit hanya mengakibatkan anda sukar untuk mengawal perbelanjaan dan akhirnya menambah hutang sedia ada.

5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Pengeluaran wang akan dilakukan diwaktu kecemasan.

6. Kehidupan sesuatu yang tidak terjangka. Malang juga tidak berbau. Pastikan anda telah memperuntukkan wang untuk melindungi diri anda dan keluarga dengan insurans yang sesuai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...