CHANGHUA - TAIWAN. Seorang lelaki warga Amerika maut selepas menikam diri sendiri dengan gunting dalam mahkamah Taiwan semasa sesi perbicaraan atas tuduhan memiliki dadah sekaligus meningkatkan persoalan mengenai kegagalan keselamatan.
Tyrel Martin Marhanka, 41, dikatakan menyembunyikan gunting dalam majalah untuk melepasi pintu pengesan logam di mahkamah daerah Changhua.
Mahkamah berikrar untuk meningkatkan kawalan keselamatan dengan dua pengimbas apabila ia berpindah ke bangunan baru kerana di kemudahan sedia ada, tidak ada ruang yang cukup untuk pengimbas.
Ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kerana menyeludup popi dan benih ganja, Tyrel menikam lehernya sebelum pegawai sempat menghalangnya.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital namun rawatan kecemasan gagal menyelamatkannya.
"Kami amat kesal Tyrel Martin Marhanka membunuh diri ketika mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya.
"Dia memberi kerjasama semasa siasatan dan perbicaraan. Sikapnya tidak menunjukkan sebarang tanda dia akan membunuh diri," kata mahkamah dalam satu kenyataan.
Tyrel telah berkahwin dengan seorang wanita Taiwan dan mempunyai dua anak dan telah menetap di Taiwan sejak bertahun lalu.
0 comments:
Post a Comment