Menurut polis hari ini, Muqaddas Bibi, 22, berkahwin dengan Taufiq Ahmed tiga tahun lalu atas dasar cinta dan perbuatan itu dianggap memalukan keluarganya kerana menolak perkahwinan diatur keluarga
Muqaddas memutuskan hubungan dengan keluarganya selepas berkahwin dan menurut pegawai penyiasat polis, Mohammad Arshad, ibu dan abangnya datang menemuinya di klinik ketika wanita itu membuat pemeriksaan kehamilan semalam, menyatakan mereka kini menerima keputusannya berkahwin dengan Taufiq
Wanita itu mengikut mereka pulang dan sampai di rumah keluarganya, bapanya, abang dan ibunya mengelar leher mangsa dengan pisau menyebabkan dia mati serta-merta
Menurut Mohammad, wanita itu mempunyai anak perempuan 10 bulan dan sedang hamil tujuh bulan
Keluarganya kemudian melarikan diri dan polis sedang memburu mereka. Beberapa saudara-mara keluarga itu sudah ditahan kerana membenarkan pembunuhan
Ratusan wanita di Pakistan dibunuh setiap tahun - pembunuhan yang digelar demi maruah keluarga - biasanya kerana anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak direstui keluarga
Minggu lalu, Zeenat Bibi, 16, mati dibakar ibunya di Lahore kerana berkahwin lari dengan teman lelakinya dan Ahad lalu, seorang gadis di Sialkot, juga di Punjab, dibunuh abangnya kerana berkeras mahu berkahwin dengan lelaki pilihannya
0 comments:
Post a Comment