Kotak KFC Dengan Fungsi Powerbank

INDIA - Rangkaian makanan segera KFC di India membuat gimik jualan dengan menawarkan set makanan 'Watt A Box' yang dilengkapi dengan power bank.
Kotak makanan 5 dalam 1 ini diwujudkan dengan kerjasama agensi digital yang berpangkalan di Mumbai, Blink Digital.

Edisi terhad Watt A Box hanya boleh diperoleh melalui peraduan yang diadakan di kedai terpilih di New Delhi dan Mumbai atau melalui pertandingan secara dalam talian di laman Facebook KFC India.

Kotak tersebut disertakan dengan sebuah power bank bersaiz 6100mAh dengan sambungan USB-A untuk kabel mengecas dan MikroUSB untuk mengecas semula power bank.

Selepas menikmati makanan, power bank ini boleh dikeluarkan dari kotak untuk digunakan oleh pelanggan.

KFC bukan satu-satunya syarikat yang membuat gimik pemasaran unik kerana sebelum ini Pizza Hut turut menawarkan kotak edisi terhad di Hong Kong yang boleh ditukar menjadi projektor untuk telefon pintar.




Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...