Sekurang-kurang mereka yang menjual barang cetak rompak akan melakukan 3 dosa:
1. Mengambil hak orang lain tanpa izin
2. Berbohong dan menipu pembeli
3. Melanggar ketetapan pemerintah yang wajib ditaati selama mana ia bukan maksiat
Dalil;
Mengambil hak orang lain tanpa izin
Kaedah fiqh menyebutkan,
لاَ يَجُوْزُ لِأَحَدٍ أَنْ يَتَصَرَّفَ فِي مِلْكِ الغَيْرِ بِلاَ إِذْنٍ
"Tidak boleh seseorang memanfaatkan milikan orang lain tanpa izinnya." [Lihat Ad Durul Mukhtaar fii Syarh Tanwirul Abshor pada Kitab Ghoshob, oleh 'Alaud-din Al Hashkafiy]
Di antara dalil kaedah tersebut adalah hadis berikut, di mana Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلاَّ بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ
"Tidak halal harta seseorang kecuali dengan redha pemiliknya." [HR. Ahmad 5: 72. Syaikh Syu'aib Al Arnauth berkata bahawa hadis tersebut sahih lighoirihi]
Berbohong dan menipu pembeli
Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا، وَالْمَكْرُ وَالْخِدَاعُ فِي النَّارِ
"Barangsiapa yang menipu, maka dia tidak termasuk golongan kami. Orang yang berbuat muslihat dan penipuan, tempatnya di neraka" [HR. Ibnu Hibban 2: 326. Hadis ini sahih sebagaimana kata Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1058]
Dari Abu Hurairah, dia berkata,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً فَقَالَ « مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ». قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَىْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّى
"Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam pernah melewati timbunan makanan, lalu beliau memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan beliau menyentuh sesuatu yang basah, maka pun beliau bertanya, "Apa ini wahai pemilik makanan?" Sang pemiliknya menjawab, "Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah". Beliau bersabda, "Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian makanan agar manusia dapat melihatnya? Ketahuilah, barangsiapa menipu maka dia bukan dari golongan kami." [HR. Muslim no. 102].
Jika dikatakan tidak termasuk golongan kami, maka itu menunjukkan perbuatan tersebut termasuk dosa besar.
Melanggar ketetapan pemerintah yang wajib ditaati selama mana ia bukan maksiat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
Dari Ibnu 'Umar, dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Bagi setiap muslim, wajib taat dan mendengar kepada pemimpin (penguasa) kaum muslimin dalam hal yang disukai mahupun hal yang tidak disukai (dibenci) kecuali jika diperintahkan dalam maksiat. Jika diperintahkan dalam hal maksiat, maka boleh menerima perintah tersebut dan tidak boleh taat." Muttafaqun 'alaih. [HR. Bukhari no. 7144 dan Muslim no. 1839]
0 comments:
Post a Comment