Tragedi Punggah barang, Lelaki Lemas Terjatuh Dalam Sungai

Mersing: Lelaki berusia 28 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Mersing ketika memunggah barang ke dalam bot di jeti berdekatan Jambatan Mersing di sini, 4.30 petang tadi

Mayat Muhamad Farid Ahmad, 28, ditemui pada 7.16 malam tadi

Difahamkan, beberapa rakan sekerja yang menyaksikan kejadian itu cuba mencarinya selama 30 minit namun gagal sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk bantuan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Shahan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5 petang dan satu jentera bersama 10 anggota bomba termasuk tiga penyelam tiba di lokasi lima minit kemudian

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat terus dijalankan dengan melakukan pencarian di kawasan sekitar dan selaman sedalam lebih tiga meter

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh pasukan penyelam pada 7.16 malam sekali gus operasi mencari dan menyelamat," katanya

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...