Menurut Ketua Pengurusan Perikanan dan Maritim tempatan, Wahid Noor Azis, satu operasi menyelamat besar-besaran berjaya menarik kebanyakan mamalia terdampar itu ke laut dalam
Wahid berkata, ikan paus terbabit terdampar sendiri ketika air pasang di pantai sebuah kampung di daerah Probolinggo di Jawa Timur, semalam
Difahamkan antara 32 hingga 35 ikan paus terdampar itu mungkin ikan paus sirip pendek yang tinggal di perairan tropika dan sub tropika
Berpuluh-puluh penduduk tempatan mengguna dua bot untuk menarik dua mamalia terdampar terakhir yang masih hidup ke laut
Wahid berkata, Agensi Pemeliharaan dan Sumber Asli wilayah akan menjalankan bedah siasat terhadap 10 bangkai ikan paus itu untuk menentukan punca mereka terdampar
Penduduk tempatan kemudian akan menanam bangkai haiwan terbabit selepas bedah siasat
0 comments:
Post a Comment