1. Penjelajah John Smith - Legenda Pocahontas
Pada abad ke-17, John Smith teringin sangat untuk mengukir namanya sehingga dia memutuskan untuk pergi ke Amerika dan membangunkan koloni atas nama British di sana. Dia berjaya membangunkan sebuah petempatan kekal di Amerika yang dinamakan Jamestown, walau bagaimanapun, ia bukan lah mudah kerana berlaku kejadian aneh yang mengakibatkan 439 daripada 500 penduduk awal di situ meninggal dunia secara berterusan.
John Smith juga sering digambarkan sebagai pahlawan yang lahir dengan penuh gaya kepahlawanan. Dia juga dikatakan mempunyai keberanian untuk bekerjasama dengan penduduk asli yang buas dan membuatkan mereka menghormati nya. Dia adalah orang yang membangunkan kehidupan dan mengubah reputasi Jamestown yang selama ini dikenali sebagai petempatan di mana semua penduduknya datang hanya untuk mati.
- Pembohongan nya -
Kisahnya yang paling terkenal adalah Pocahontas. Menurut Smith, dia telah diculik oleh penduduk asli yang memusuhinya, dan ketika mereka hampir membunuhnya, tiba-tiba (dan tentunya ini sangat dramatis) puteri kepada kepala suku iaitu Pocahontas, datang melindungi Smith dan meletakkan dirinya dalam bahaya untuk menyelamatkan nyawa Smith.
Sejarawan menyebut bahawa kisah tersebut hanyalah sekadar omong kosong, dan dengan penulisan kisah tersebut juga tidak membantu apa-apa. Smith hanya menulis kisah tersebut secara terperinci 20 tahun kemudian setelah Pocahontas iaitu satu-satunya orang yang boleh menguatkan kisahnya meninggal dunia.
Walau bagaimana pun, Smith memang telah membuktikan dirinya sebagai penipu ulung terbaik. Hal ini kerana, sebelum dia sampai ke Dunia Baru, dia adalah seorang penjajah bermata keranjang, yang mengaku pernah menjadi bajak laut (lanun). Selama dia menjadi "penjahat", dia pernah ditawan oleh beberapa orang Turki, dimana kononnya dia memenggal kepala tiga orang daripada mereka. Kononnya lagi, seorang nakhoda Transylvania juga telah menghadiahkannya dengan beberapa gelaran dan menyebutnya sebagai "Gentleman Inggeris".
Dan satu lagi, menurut kisahnya, Smith pernah dijual sebagai budak. Namun dengan kebolehannya, dia dapat meloloskan diri, iaitu dengan cara merayu kepada isteri penguasa. Dengan bantuan daripada permaisuri yang menjadi teman tidurnya, dia bertempur dengan semua musuh bagai kan Bruce Lee. Hebat kan?
2. Sir Walter Raleigh - Membuat Penduduk Eropah Percaya Bahawa Penduduk Amerika Selatan Tidak Mempunyai Kepala.
Pada tahun 1584, Sir Walter Raleigh memutuskan bahawa British harus mendapat bahagian nya di benua Amerika. Sebabnya, dia khuatir yang mungkin benua Amerika hanya akan diberi kepada koloni Sepanyol dan Perancis. Dengan alasan tersebut, akhirnya dia diberi izin untuk mendirikan koloni Roanoke, iaitu petempatan British yang pertama di “Dunia Baru”.
- Pembohongannya -
Setelah selesai menguruskan koloninya, Raleigh mengembara ke Sungai Amazon yang pernah dijelajahi oleh Orellena, dan dia menguatkan kembali fantasi de Orellana bahawa hutan itu dihuni oleh bangsa perempuan berpayudara yang membenci lelaki. Namun setakat itu saja, dia juga mencipta mahluk fantasinya sendiri yang bertujuan agar orang-orang di kampung halamannya takjub akan kisahnya mengenai dunia baru yang ajaib dan penuh dengan mahkluk aneh. Hal ini juga agar sumber kewangannya tidak putus bahkan bertambah sehingga akhirnya dia boleh membiayai ekspedisinya secara berterusan.
Raleigh juga melaporkan bahawa dia telah menemui suku Ewaipanoma yang digambarkan memiliki "mata di dada, mulut berada di tengah-tengah dada, rambut panjang mengurai yang tumbuh di bahu, dan tidak memiliki kepala."
3. Marco Polo - Ekspedisi "Laluan Sutera" Yang Penuh Pembohongan.
Pada tahun 1271, Marco Polo, putera saudagar Itali pada abad ke-13 bersama dengan ayah dan pembantunya telah melakukan perjalanan selama 24 tahun ke Cina, Mongolia dan Timur Tengah, meskipun hampir semua orang sudah tahu bahawa Cina memang sudah pun wujud terutama orang Cina itu sendiri. Kejayaan Marco Polo sebenarnya adalah pada bukunya yang berjudul The Travels of Marco Polo, yang sangat popular pada era itu.
- Pembohongannya -
Dalam bukunya, Marco Polo banyak mengisahkan perjalanannya yang dilihat sangat luar biasa. Dia melakukan banyak perkara yang hebat seperti menjadi pahlawan dalam pertempuran penting, menjadi utusan pribadi Kublai Khan, dan bahkan memerintah di sebuah kota China yang besar. Seluruh kisah tersebut diterima oleh masyarakat sehinggalah para sejarawan mula berfikir untuk mengaitkan kisah-kisah Marco Polo dengan catatan sejarah China. Apa yang mereka temui adalah kisah Marco Polo memiliki terlalu banyak penipuan.
Jelas mereka, pada era tersebut, China merupakan salah satu masyarakat yang paling maju di muka bumi, dan semuanya sudah tertulis dalam almanac sejarahnya secara turun-temurun. Jadi agak pelik jika Marco Polo menulis bahawa dirinya pernah terlibat dalam sebuah pertempuran yang sebenarnya telah berakhir selama satu atau dua tahun sebelum dia sampai ke China. Dia juga dikatakan pernah menjadi Gabenor kepada daerah Yang-Chou selama tiga tahun penuh, jika ini benar pasti namanya telah tercatat, baik dalam cek gaji atau buku harian, namun tidak ada satu pun catatan mengenai Marco Polo di Yang-Chou mahupun di China pada era tersebut.
Bahkan ketika para sejarawan mula untuk mempertimbangkan semua perkara menarik di China yang tidak pernah diceritakan oleh Marco Polo dalam bukunya seperti, kaligrafi, kaki perempuan China yang diikat, orang Mongol yang mencari ikan dengan menggunakan burung, teh, mesin cetak dan Tembok Besar, maka telah menjadi satu persoalan iaitu - Marco Polo tidak pernah pergi ke China sama sekali. Dia mungkin sekadar orang yang mendengar banyak cerita tentang tempat tersebut dan kemudian menulisnya di dalam sebuah buku dan membuatkan dirinya sebagai karakter utama sebagai seorang pahlawan, penguasa dan penipu. Dalam bukunya ada kisah yang menceritakan bagaimana Marco Polo memukul ketua pasukan berkuda Mongol seorang diri.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
0 comments:
Post a Comment