Berikut adalah tipsnya:
1. Zikrullah (mengingati Allah)
Jika kita memasak sambil disulami zikir-zikir mengingati Allah
"Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar", maka zikir-zikir tersebut akan turut masuk ke dalam perut bersama-sama suapan yang kita makan..
2. Solat
Air tangan tukang masak yang tidak solat tidak berkat!
Oleh kerana itu, ulama' dahulu hampir tidak makan/ langsung tidak makan di luar kerana keraguan terhadap hal ini..
Lihat anak-anak dan suami kita, jika semakin degil, susah mendengar cakap, kasar, suka mengamuk-amuk & sebagainya, maka 'checklist' amalan kita kerana dikhuatiri segalanya itu berpunca dari ketidakpatuhan kita pada suruhan Allah SWT!
3. Tenang
Jangan masak dalam keadaan marah-marah. Bagaimana mungkin datangnya 'cooking with love' atau 'masak dengan hati, masak dengan iman' jika sifat ammarah ini kita bawa ketika masak?? Bagaimana rasa sayang dan cinta terhadap keluarga akan mengalir melalui makanan jika ia diganti dengan rasa marah & sakit hati?? Maka masaklah dalam keadaan tenang..
4. Tidak berleter
Leteran yang menggantikan zikir boleh menjadi racun ke dalam makanan & darah daging yang tumbuh dari makanan tersebut.
Dalam keadaan tubuh sangat penat pulang dari kerja & hanya bercadang untuk masak 'telur masak kicap' sahaja tetapi tiba-tiba si suami 'request' untuk makan 'ayam rendang' pula??!!
Lalu para ibu, jangan terus memasak untuk mengambil hati suami sambil mulut tak henti-henti berleter:
"eeii, aku penat-penat, dia banyak cekadak plak..tak reti ke orang penat ke hape ke..ingat ni raya ke nak rendang bagai...bla..bla..bla..bla"
Cakaplah dengan elok kepada pasangan anda, in syaa Allah dia akan memahami.Tidak ada istilah suami mengidam...(rasanya)..
Untuk yang benar2 menjaga keberkatan...minimumkan makan/beli makan luar..kita tidak tahu mungkin tukang masak itu turut memasak dalam keadaan berleter-leter akibat stress bekerja..
5. Redha
Sukarela memasak dari paksarela memasak akan menatijahkan kesan yang berbeza. Redha akan mendatangkan keikhlasan yang turut mengalir ke dalam 'rezeki' yang kita masak..semoga seluruh ahli keluarga kita bakal memperoleh 'mardhatillah' (keredhaan Allah)
6. Makan dalam Talam
Jika tidak dapat amalkan setiap hari, cubalah sesekali menukar amalan makan di atas meja kepada makan di bawah beralas tikar..
Usai memasak, cedoklah nasi di atas talam yang kecil/sederhana/besar
(bergantung pada keselesaan ahli keluarga).
Makan sama-sama..suap-menyuap...duduk dekat-dekat...
moga amalan sunnah ini menambah erat & berkat!
7. Doa
Memasak adalah medan untuk kita berdoa:
(Jika isteri yang memasak)*
" Ya Allah Ya Tuhanku..Aku memasak ini & beri makan kepada keluargaku..adalah khidmat untuk suamiku..untuk anak-anakku....Aku bersyukur atas nikmat rezeki ini..moga ia datang dari sumber yang halal di sisimu ya Allah..
Ya Allah Ya Tuhanku..aku hilangkan dahaga & lapar mereka..maka Kau hilangkanlah dahaga dan lapar hambaMu ini di akhirat...Aku penuhi hajat mereka..Kau penuhilah hajatku di akhirat..Aku gembirakan mereka..Kau gembirakanlah aku di akhirat nanti..moga tangan yang memasak ini, lidah yang berzikir ini dan segala anggota badanku yang menjadi saksi amalan baikku ini akan memberi hujah yang baik buatku di Hari Pembalasan kelak ya Allah.."
(*Bagi suami yang memasak, gantikan kata diri suami kepada isteri)
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
0 comments:
Post a Comment