The Great Train Robbery adalah nama yang diberikan untuk sebuah rompakan keretapi terbesar dalam sejarah yang berlaku pada 8 Ogos 1963 di Cheddington, Buckinghamshire, England.
Keretapi Royal Mail dari Glasgow ke London dihentikan dengan cara merosakkan isyarat keretapi. Kumpulan yang terdiri daripada 15 orang ahli yang diketuai oleh Bruce Reynolds termasuk Ronnie Biggs, Charlie Wilson, Jimmy Hussey, John Wheater, Brian Field, Jimmy White, Tommy Wisbey, Gordon Goody dan Edwards Buster, berjaya melarikan diri dengan £2,6 juta bersamaan dengan £40 juta (US $ 80 juta) nilai wang pada tahun 2006.
Meskipun tidak ada senjata api yang digunakan dalam rompakan tersebut, beberapa anggota kumpulan telah memukul pemandu keretapi, Jack Mills, di kepala dengan menggunakan batang besi mengakibatkan beliau mengalami trauma akibat kejadian tersebut sepanjang hidupnya.
Semua ahli kumpulan itu telah ditangkap selepas polis menemui cap jari mereka di sebuah rumah persembunyian di Oxfordshire mengakibatkan mereka semua dibicara, dihukum dan dipenjara. Biggs dan Reynolds berjaya melarikan diri dari penjara selepas 15 bulan menjalani hukuman. Charlie Wilson melarikan diri dan tinggal di luar Montreal, Kanada. Wilson hidup bebas hinggalah isterinya membuat kesilapan apabila menelefon orang tuanya di England menyebabkan Scotland Yard berjaya mengesan mereka.
Pada bulan Mei 2001, Biggs yang berusia 71 tahun telah pulang ke England. Dia yang ketika itu menderita stroke menetapkan keinginannya untuk kembali ke England walaupun dipenjarakan.
Kisah Edwards Buster, yang melarikan diri ke Mexico tetapi menyerahkan diri telah diadaptasikan dalam filem Buster pada tahun 1988 yang dibintangi oleh Phil Collins sebagai pelakon utama.
LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
0 comments:
Post a Comment