Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Kenapa Bayi Anda Menangis Waktu Malam

Fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka diusik oleh makhluk halus. Yang lebih hairan, kalau minda mereka sudah dicetak dengan pemikiran begitu, mengapa harus dibawa ke perubatan moden pula.

12 Sebab Isteri Bosan Ketika Hubungan Intim

1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

Panduan Kenalpasti Kedai India Yang Bertopengkan Mamak Islam


Saya ingin memberikan panduan mudah utk mengenalpasti kedai-kedai india yg bertopengkan mamak islam ini. Semoga kita boleh mengenalpasti golongan berkenaan.

Rahsia Di Sebalik Kentut

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.


Tips Dan Petua Untuk Mendapatkan Anak Zuriat

Amalan

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria
5. surah AlWaqiah selepas subuh
6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Makanan Yang Membakar Lemak

Masalah berat badan merupakan masalah yang membuatkan kita menjadi stress untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk membakar lemak dalam badan selain senaman dan diet. Kita juga boleh membakar lemak walaupun ketika kita makan.

Nak Dapat Zuriat Kena Tahu Waktu Subur Wanita

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.



Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Tips Hapuskan Kedutan Mata Untuk Nampak Lebih Muda

Apa itu Crows Feet? Ia adalah garisan sekitar bahagian mata dan merupakan salah satu tanda-tanda penuaan. Kebanyakan wanita tidak suka kemunculan kedutan ini kerana ianya boleh membuat mereka kelihatan tua!

Petua Mencegah Mata Rabun

Pilihan 1: Ambil Periuk Kera dan masakkan dalam periuk. Ambil air rebusan tersebut dan sapukan pada mata anda setiap pagi atau malam.
 


Info Kenapa Bahaya Membunuh Lipas

Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Nak Dapat 6 Pack? Kesalahan Senaman Yang Sering Di Lakukan

Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Antaranya:


Para Lelaki Ambil Perhatian - Petua Dan Cara Menjaga Tenaga Batin

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri.Batang zakar harus sentiasa panas.

Cara Terbaik Menjaga Buah Pinggang Supaya Sentiasa Sihat

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Suka Makan Kaki Ayam? Ini Khasiatnya

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

10 Tips Elak Tidur Berdengkur

Anda mengalami masalah berdengkur ketika tidur? Mungkin anda tidak perasan. Ibubapa, pasangan ataupun rakan anda mungkin sedar akan gejala itu pada diri anda.

4 Petua Panjang Usia

GAYA hidup masyarakat semakin berubah. Remaja hari ini lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer dan berinternet berbanding di padang bersama rakan-rakan. Mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Dari segi pemakanan pula, anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai makanan yang siap diproses berbanding makanan segar hinggakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digemari oleh mereka. Mereka lebih suka makan makanan segera dan minuman berkarbonat.

Koleksi Petua Orang Lama - Wajib Diamalkan Sebagai Alternatif

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


Kesan Buruk Akibat Pakaian Seksi Ketat Dan Sendat

Memang tubuh anda yang ramping tampak indah dalam balutan jeans atau pakaian yang ketat.

Jika dipakai sesekali mungkin tidak ada masalah, tetapi tidak dalam jangka panjang.

Tahukah anda tentang kesan pakaian ketat terhadap kulit?

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1.Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2.Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3.Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4.Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5.Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6.Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7.Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8.Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9.Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10.Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11.Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Penjelasan Kenapa Rasulullah Sarankan Tidur Menghadap Kanan

Satu di antara posisi tidur yang betul iaitu dengan menghadap ke kanan. Terdapat banyak hujah waktu tidur kita mesti menghadap ke kanan.

1. Mengurangkan beban jantung

Posisi jantung manusia lebih cenderung jika ada di kiri.

Dengan tidur menghadap ke kanan, hal itu bakal mengurangkan beban jantung dan organ badan lain.

Namun, jika kita tidur di posisi menghadap kiri, jantung bakal menerima aliran darah yang berlebihan.

Denyut jantung juga jadi lebih cepat, walau sebenarnya jantung perlu rehat waktu kita tidur.

2. Merehatkan otak kiri

Hujah waktu tidur kita mesti menghadap kanan adalah untuk merehatkan otak kiri.

Mengapa cuma merehatkan otak samping kiri saja? Kerana otak kiri miliki manfaat untuk membantu organ-organ di bahagian kanan untuk bekerja dengan baik.

Contohnya untuk makan, mengingati sesuatu perkara, serta hal lain yang menguasai memakai organ badan kanan.

Dengan posisi tidur menghadap kanan, kerja otak kiri juga semakin lebih santai untuk membantu kerja organ badan kanan.

3. Melindungi paru-paru

Paru-paru kiri manusia lebih kecil dari pada paru-paru kanan.

Oleh kerana itu, dengan posisi tidur kita menghadap ke kanan, jantung tidak akan membebani paru-paru kanan.

Sebaliknya, bila tidur ke kiri, jantung bakal menerpa paru-paru yang memiliki ukuran kecil.

Tentunya, lebih tak baik buat kesihatan kita.

Selepas mengetahui hujah waktu tidur kita mesti menghadap ke kanan, Seperti yang disarankan Rasulullah SAW.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...