Crows feet/eye wrinkles terjadi apabila otot di dahi kita mula menurun dan menolak ke dalam otot lain yang mengelilingi mata kita. Faktor-faktor lain yang menambah kepada pembentukan kedutan di sekitar mata adalah apabila kita tersenyum, marah, berkerut dan sebarang ekspresi wajah yang kita buat sepanjang hari.
*Aku pun tak suka. Sekarang bila senyum akan muncul garis di hujung mata, jadi aku cuba cari cara atasi masalah ni, dan sekarang nak share dengan yang lain.
Terdapat beberapa kaedah semulajadi anti-penuaan yang kita boleh gunakan untuk menangani masalah kedutan ni. Berikut adalah beberapa cara semula jadi untuk mengurangkan atau menghapuskan kedutan di sekitar mata dan dapatkan kembali keremajaan wajah kita. Chewahhh.
1. Urutan Dahi
Dahi kita adalah penyumbang utama kepada kedutan di sekitar mata kita. Jadi apa yang perlu kita buat adalah mengurut dahi kita dari kiri ke kanan dengan hujung jari selama kira-kira 30 saat. Lepas tu kita urut pula dalam gerakan membulat selama 30 saat. Tak lama kemudian kita akan mula rasakan tenaga yang mengalir di dahi kita yang bermaksud bahawa otot kita sedang dipulihkan semula dan diperkukuhkan.
2. Senaman mata
Senaman mata sangat bagus untuk membantu menghapuskan kedutan di sekitar mata. Kita boleh melakukan senaman ini untuk tempoh masa yang singkat untuk menjayakan proses penghapusan kedutan yang kita tak suka ni. Ianya satu latihan yang sangat mudah kerana kita hanya perlu membuka dan menutup mata kita. Buka mata kita dengan luas untuk 3 saat dan kemudian pejam kuat selama 3 saat. Lakukan sehingga sepuluh kali. Satu lagi latihan yang boleh kita lakukan adalah gerakkan kening kita, ke atas dan ke bawah sebanyak sepuluh kali.
3. Minum Banyak Air
Minum air dengan kuantiti yang banyak akan mengembalikan kelembapan pada kulit kita. Kelembapan akan melembutkan garis-garis halus dan menghapuskan kemunculan kedutan. Air bukan sahaja baik untuk kulit kita tetapi ia membantu untuk mengurangkan kedutan pada seluruh muka kita.
Masa yang sesuai untuk melakukan urutan dahi dan senaman mata adalah samaada sebelum kita tidur dan sejurus selepas kita bangun. Kita akan dapat melihat perbezaan secara beransur-ansur. Keputusan berbeza-beza bagi setiap individu tetapi keputusan biasanya dilihat dalam beberapa hari selepas kita mulakan urutan dan senaman mata tersebut.
Berikut pula adalah petua menggunakan bahan semulajadi:
Bahan-bahan:
1 putih telur
1/4 timun
1/4 kentang
kapas
Cara-cara:
1. Tenangkan kulit dengan timun! Ambil 1/4 daripada timun dan potong kepada dua keping. Kemudian basahkan kawasan mata dengan air sejuk dan baring, letakkan kepingan timun tadi di atas mata dan berehat selama 5 hingga 10 minit.
2. Mengurangkan bengkak mata kita dengan kentang. Ambil 1/4 daripada kentang dan potong kepada dua bahagian, sama seperti timun. Tekankan kapas yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu ke kawasan mata, dan kemudian meletakkan hirisan kentang menutupi mata dan berehat selama 10 minit. Kentang dapat mengetatkan kulit.
3. Tegangkan kulit dengan putih telur - bahan semulajadi yang dapat mengurangkan kedutan dan boleh dijumpai di mana-mana dapur. Ambil 1 biji telur putih, dan pukul sehingga kembang. Kemudian, sapu putih telur di kawasan luar mata dan di sepanjang tulang pipi di mana tempat yang biasa terjadinya kedutan.
4. Biarkan putih telur kering selama kira-kira 10 minit. Kemudian cuci kawasan tersebut dengan air dan buang sisa menggunakan bebola kapas dan air sejuk.
*Seterusnya adalah melembapkan kawasan sekitar mata dengan serum atau krim mata (jika ada). Cuba untuk melakukan rawatan mata setiap minggu untuk hasil yang terbaik, dan minum air yang banyak setiap hari, supaya kulit akan kekal terhidrat dan sihat.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
0 comments:
Post a Comment