Sejarah Polis Di Malaysia


Zaman Kepolisan Tradisional Melayu

Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.

Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:

“ Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?"

Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya.......

"Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."


Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.

Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.

Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.


Zaman Kepolisan Portugis dan Belanda

Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan".

Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.


Zaman Kepolisan Moden

Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Patty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone.

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Pengakap Dunia


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8Januari, 1941.

Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys".

Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Siapa Pencipta Pen Dakwat?


Ketika menggunakan pen untuk menulis atau mencatat sesuatu, pernahkah anda terfikir tentang sejarah alat tulis tersebut?

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis alat penulisan telah dicipta sejak beberapa tahun dahulu. John Scheffer merupakan individu terawal yang memperkenalkan pen separuh bulu dan separuh logam pada tahun 1819.

Sehingga pada tahun 1884, pen dakwat pertama telah dicipta oleh seorang jurujual insurans, Lewis Waterman. Menerusi pengenalan itu, Waterman telah mencipta lubang pada penghujung mata pen yang akan berhubung terus dengan dakwat.

Bahagian pengeluaran dakwat pada hujung mata pen pula akan berfungsi mengawal aliran dakwat dari tempat simpanannya.

Terdapat ruang bulat pada pen tersebut yang berperanan menyimpan dan mengeluarkan dakwat untuk menulis.

Menjelan tahun 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian dakwat secara sendiri menerusi penyerap getah mudah lentur.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Setem-Setem Termahal Di Dunia

1. The Three-Skilling Yellow




The Three-Skilling Yellow, adalah setem salah cetak terbitan kerajaan Sweden iaitu cetakan pertamanya tahun 1855. Dimana setem normalnya saja (yang seharusnya berwarna biru-hijau) juga termasuk setem awal. Three-Skilling Yellow adalah salah satu setem langka dan hanya satu-satunya yang tertinggal. Pada tahun 1984 setem ini terjual seharga 977.500 Switzerland Francs oleh David Feldman. kemudian pada tahun 1990 jualan mencapai angka satu juta dolar US tahun 1996 terjual seharga $ 2.3 juta. Dan setiap kali terjual ianya mencetak rekod angka tertinggi sebagai sebuah setem termahal di dunia.


2. The first two Mauritius




The first two Mauritius stamps (1847) adalah dua siri setem yang pertama kali diterbitkan kerajaan kolonial Inggeris. Hanya tinggal satu buah setem pertama dengan keadaan yg tidak digunakan begitu juga tiga buah setem kedua. Tahun 1993 David Feldman melelong setem Mauritius milik Hiroyuki Kanai yang menghasilkan rekod yang tertinggi. Setem pertama yang berwarna jingga terjual seharga $ 1,072,260 dan yang kedua seharga $ 1,148,850.


3. The Inverted Jenny




The inverted Jenny adalah setem Amerika pada tahun 1918 bergambar pesawat Curtiss JN-4 dan secara tidak sengaja dicetak terbalik. Ini mungkin adalah salah cetak paling terkenal di dunia Filateli Amerika. Hanya 100 setem salah cetak yang tertinggal, membuatnya menjadi salah satu setem salah cetak paling berharga. Satu blok penuh setem Inverted Jenny terjual pada lelongan Robert A. Siegel pada bulan Oktober 2005 dengan harga US $2.7 juta. Dan bulan November 2007 sebuah setem inverted Jenny terjual seharga US $977,500. Pada Disember 2007 sebuah setem mint (belum terpakai) dengan keadaan baik sekali dijual kepada seorang eksekutif Wall Street seharga US $825,000.


4. British Guiana One Cent Black on Magenta



British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) adalah termasuk setem terawal dan termahal. Setem ini dicetak di atas kertas tinggi rendah berwarna magenta dengan tinta hitam dalam keadaan kecemasan. Diketahui hanya ada satu buah yang tertinggal di seluruh dunia, jadi setem ini unik dan tidak ada yang lain lagi yang pernah ditemui. Tahun 1980 telah dilelong kepada John Dupont seharga US $935,000.


5. U.S. Franklin Z-Grill




Setem U.S. Franklin Z-Grill yg dihasilkan pada 1867 adalah setem terawal dari semua setem Amerika Syarikat, hanya ditemui 2 buah yang masih tinggal. Pada tahun 1988 sebuah setem "Z-Grill" 1 cent tahun 1868 terjual seharga US $930,000.


6. Hawaiian Missionaries




Hawaiian Missionaries, 1851 adalah setem pertama dari Hawaii kerana ianya dicetak secara kasar dengan kertas yang tipis dan berkualiti rendah, hanya beberapa setem sahaja yang berjaya diselamatkan dan merupakan setem antara yang terawal. Nominal terendah iaitu 2 cent tahun 1851 adalah yang paling awal dari keseluruhan siri, dan hanya tinggal 16 buah sahaja. Sebuah setem Missionary 2 cent dengan keadaan mint (belum terpakai) seharga US $760,000 dan keadaan used seharga US $225,000.


7. The Penny Black




The Penny Black, adalah setem rasmi pertama di dunia, diterbitkan Kerajaan Inggeris tarikh 1 Mei 1840 dan mula digunakan tarikh 6 Mei. The Penny Black sebenarnya bukanlah setem yang paling awal tetapi termasuk setem termahal. Jumlah cetakan 286,700 lembaran cetaknya dengan 68,808,000 juta buah setem. Sebuah setem Penny Black yang belum dipakai menurut katalog Scott tahun 2001 seharga US $3,000 dan sudah terpakai dengan harga US $180.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

10 Gambar Yang Menggemparkan Dunia


1. Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.


2. Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.


3. Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .


4. Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.


5. Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.


6. Gambar di atas di abadikan oleh 2 cameraman Peranchis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan seorang ayah Palestin, Jamal al-Durrah sedang mencuba untuk melindungi anaknya berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan tentera Israel. Dia memberikan signal kepada pasukan Israel untuk menghentikan tembakan namun tidak diendahkan oleh pengganas Israel.


7. Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan di Soweto,Afrika Selatan pada tahun 1976. Ia ditembak mati dalam pembalasan Polis untuk protes mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan Hector sedang dibawa oleh rakannya sesama mahasiswa.


8. Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 dimana gas beracun (MIC) telah dilepaskan oleh Union Carbide India Limited. Sekitar 40,000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh gas tersebut.


9. Foto mengerikan yang menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam muda yang dituduh memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh kekasihnya.


10. “Orang Yahudi Terakhir Vinnitsa”. Gambar menunjukkan seorang Yahudi berlutut di depan sebuah kuburan beramai-ramai sebelum ditembak oleh anggota sebuah regu maut Nazi SS paramiliter, Einsatzgruppe D.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

14 Hacker Terbaik di Dunia


Hacker adalah orang yang mempelajari, menganalisa, dan kemudian jika diinginkan, dapat membuat, memodifikasi, atau bahkan mengeksploitasi sistem yang terdapat dalam perangkat seperti perangkat lunak komputer dan perangkat keras komputer seperti program komputer, administrasi dan hal-hal lainnya, terutama keamanan. Berikut adalah beberapa 14 profil Terbaik di Dunia Hacker untuk saat ini:

1. Kevin Mitnick Kevin adalah hacker pertama yang wajahnya terpampang dalam poster "Paling Dicari FBI". Kevin juga merupakan "Master of Deception" dan telah menulis sebuah buku berjudul "The Art of Deception". Buku ini menjelaskan berbagai teknik social engineering untuk mendapatkan akses ke dalam sistem.

2. Linus Torvalds Seorang hacker sejati , yang mengembangkan sistem operasi Linux adalah kombinasi dari "Linus MINIX". Sistem operasi Linux telah menjadi sistem operasi "standar" hacker. Bersama dengan Richard Stallman dengan GNU-Linux untuk membangun versi awal dan berkolaborasi dengan developper, programmer dan hacker di seluruh dunia untuk mengembangkan kernel Linux.

3. John Draper Penemu 2600 Herz menggunakan peluit plastik nada tunggal yang merupakan hadiah dari kotak sereal. Apakah pelopor penggunaan nada 2600 Hz dan dikenal sebagai Phone Phreaker (Phreaker, baca: frieker) Nada 2600 Hz digunakan sebagai alat untuk membuat panggilan telepon gratis. Dalam perkembangannya, nada 2600 Hz tidak lagi dibuat dengan peluit plastik, melainkan menggunakan perangkat yang disebut "Blue Box".

4. Mark Abene Sebagai salah satu "Master of Deception" optik phiber, inspirasi ribuan remaja untuk mempelajari keadaan sistem internal telepon. Phiber optik juga dinobatkan sebagai salah satu dari 100 orang jenius oleh New York Magazine. Menggunakan komputer Apple, Timex Sinclair dan Commodore 64. Komputer pertamanya adalah Radio Shack TRS-80 (trash-80).

5. Robert Morris Seorang anak dari ilmuwan National Computer Security Center, yang merupakan bagian dari National Security Agencies (NSA). Pertama kali menulis seperti cacing internet momental pada tahun 1988. Meng-infeksi ribuan komputer yang terhubung dalam jaringan.

6. Richard Stallman Salah satu nya "Old School Hacker", bekerja di MIT Artificial Intelligence Lab. Merasa terganggu oleh software komersial dan hak cipta dan pribadi. Akhirnya mendirikan GNU (baca: guhNew) yang merupakan singkatan dari GNU NOT UNIX. Menggunakan komputer pertama pada tahun 1969 di IBM di New York Scintific Center pada usia 16 tahun.

7. Kevin Poulsen Melakukan penipuan digital pada stasiun radio KIIS-FM, pastikan bahwa ia adalah penelpon ke 102 dan memenangkan porsche 944 S2.

8. Ian Murphy dengan 3 rekan, hacking ke dalam komputer dan menyusun AT & T pengaturan clock internal. Hal ini mengakibatkan pengguna telepon umum mendapatkan diskon "tengah malam" pada saat sore hari, dan harus menunggu hingga tengah malam untuk membayar tagihan yang tinggi.

9. Lulusan St Vladimir Levin. Tekhnologichesky Universitas Petersburg. komputer CitiBank menipu dan meraup keuntungan 10 juta dolar. Interpol ditangkap di Heathrow Airport pada tahun 1995

10. Steve Wozniak Apple Computer Membangun dan menggunakan "kotak biru" untuk kepentingan sendiri.

11. Tsutomu Shimomura Berhasil menangkap jejak Kevin Mitnick.

12. Dennis Ritchie dan Ken Thomson adalah seorang penulis bahasa C, bersama dengan Ken Thompson menulis sistem operasi UNIX yang elegan.

13. Eric Steven Raymond Bapak hacker. Sebuah hacktivist pelopor dan gerakan opensource. Menulis banyak panduan hacking, salah satunya adalah: "Cara Menjadi Seorang Hacker" dan "hacker baru's Dictionary". Begitu fenomenal dan dikenal oleh seluruh masyarakat hacking dunia. Menurut Eric, "dunia mempunyai banyak masalah menarik yang harus diselesaikan danmenanti."

14. Johan Helsingius Operasi remailer paling populer anonim di dunia.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Pedang Carbon Nano Salahuddin al-Ayubi


Diceritakan, hebatnya pedang Salahuddin Al-Ayubi mampu membelah saputangan sutera yang melayang jatuh ke atasnya, mampu memotong pedang lawan dan mampu membelah batu tanpa ia menjadi tumpul.

Sejauh mana kita semua mengenali sudut hidup pahlawan Islam terunggul semasa zaman peperangan salib, Salahuddin Al-Ayyubi? Beliau sangat terkenal sebagai tokoh yang berjaya menghantar rasa gerun dan hormat kepada tentera-tentera musuh. Lebih manis lagi, peribadi inilah yang telah memimpin pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam daripada cengkaman Kristian hampir seratus tahun lamanya.

Prof Dr. Peter Paufler and kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman apabila mereka menemui TIUB KARBON NANO (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan salib. Carbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa; SANGAT TAJAM tetapi MUDAH LENTUR. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) pada tahun 2006

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Mengapa Air Laut Masin?


Mari kita menyelongkar misteri di sebalik kemasinan air laut...

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Joseph Carey Merrick - Lagenda Manusia Gajah (Elephant Man)


Nama: Joseph Carey Merrick
Lahir : 5 Ogos 1862 (England)
Mati: 11 April 1890


Merrick dilahirkan sihat-walafiat dan tak nampak cacat celanya semasa bayi dan beberapa tahun kemudian. Semasa usianya 5 tahun, dia mula menampakkan tanda-tanda ganjil seperti kulit menjadi tebal dan ketumbuhan yang luar biasa seolah-olah seperti kulit gajah. Bila dia semakin membesar, tangan kanan dan kedua-dua kakinya menjadi besar. Ibunya pernah memberitahu bahawa semasa hamil, dia telah ditolak dan ditakut-takutkan oleh seekor gajah maka kononnya anaknya itu dilahirkan terkenan semacam gajah. Kisah ini dipercayai oleh Merrick sepanjang hidupnya.

Semasa kanak-kanaknya, Merrick pernah terjatuh dan ini merusakkan pinggang kirinya mengakibatkan dia jalan tertempang-tempang sepanjang hidupnya. Walaupun cacat sebegitu, Merrick tetap bersekolah seharian dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dan akrab dengan ibunya. Malah Merrick mendapat sepenuh kasih-sayang dari ibunya kerana ibunya tahu dia tidak seperti kanak2 lain maka ibunya sangat menyayanginya untuk menjadikan dia senormal kanak2 yang lain. Malangnya ibunya meninggal dunia semasa usia Merrick 11 tahun. Ayah Merrick berkahwin lain.

Setahun kemudian, Merrick terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan fizikalnya yang semakin tak normal. Kehidupannya semenjak kematian ibunya menjadi semakin sukar dan terpencil. Dia tidak mendapat kasih sayang dari kedua ayah kandungnya dan ibu tirinya. Sudah 2-3 kali dia lari dari rumah kerana seolah-olah dia tidak diterima oleh ayah dan ibu tirinya.

Pada usia 13 tahun, dia bekerja di sebuah kilang rokok, membuat rokok. Tetapi pada usia 15 tahun, keadaannya semakin teruk dan pergerakan tangan kanannya semakin sukar kerana ketumbuhan tersebut. Dia dibuang kerja. Bila menganggur, dia menghabiskan masanya berjalan keseorangan sekali-sekala teringatkan ibu kandungnya yang sudah tiada. Dia juga cuba mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya sendiri. Dia takut untuk pulang ke rumah kerana cemuhan dahsyat ibu tirinya.

Ayahnya mendapatkan lesen menjaja untuknya. Dia menjual barang2 keperluan rumah dari pintu ke pintu. Namun perniagaan ini tidak menjadi. Pada masa itu mukanya semakin menampakkan ketumbuhan yang besar dan orang-orang di situ tidak mahu membeli apa2 darinya. Pertuturannya sudah tidak dapat difahami lagi dan keadaan fizikalnya itu menakutkan orang. Para surirumah tidak mahu membuka pintu untuk menghadapnya dan dia juga dapati orang2 di sekilingnya bukan sahaja memandangnya dengan rasa jijik malah ada yang mengikutnya dan dia takut kalau2 dia dicederakan.

Merrick tidak dapat menjual apa2 dan pada satu hari apabila dia pulang ke rumah, dia telah dipukul oleh ayahnya sendiri dengan teruknya hingga menyebabkan dia meninggalkan rumahnya buat selama-lamanya. Dia kini menjadi musafir dan nasib baik pakciknya mengambilnya tinggal bersama-samanya. Dia masih lagi cuba menjaja, tapi memang tidak ada sesiapa yang mahu membeli darinya. Tumpuan pada dirinya sebegitu dahsyat sekali sehingga pihak perlesenan menarik balik lesen darinya. Pakciknya tidak lagi mampu untuk menyara hidupnya kerana pakciknya juga kena menyara anak2nya yang lain. Merrick dimasukkan ke rumah kebajikan. Ketika itu usia Merrick ialah 17 tahun. Ketumbuhan pada mulutnya sudah menjadi semakin besar sehingga menyukarkan lagi pertuturannya sehingga amat susah untuk dia makan. Oleh itu Merrick menjalani pembedahan dan ketulan yang besar telah dibedah dan dikeluarkan.

Tinggal di rumah kebajikan itu pun bukannya sesuatu yang baik buat dirinya sebab keadaannya memang cacat sebegitu dan tidak mudah diterima oleh penginap2 rumah kebajikan itu. Merrick mengambil keputusan untuk berusaha mendapatkan kerjanya sendiri. Dia mendapat idea untuk mendaftarkan dirinya bagi pameran ganjil. Maka Merrick pun menulis kepada Sam Torr yang menerimanya bekerja dengannya. Torr mengadakan beberapa pertunjukkan ganjil dan Merrick menjadi bahan keganjilan tersebut. Mereka memberikan gelaran "Manusia Gajah" kepada Merrick. Maka kehidupan Merrick kini ialah menjadikan dirinya bahan pertunjukkan dan dirinya ditunjuk-tunjukan kepada orang seolah-olah dia lebih jijik dari binatang. Begitulah caranya untuk dapat menyara hidupnya.

Keadaan fizikal Merrick menjadi terlalu ganjil sehingga para pengajur pertunjukkan bimbang rupanya menjadi sangat menakutkan sehingga orang tidak mahu lagi lihat rupanya kerana sungguh jijik, menggerunkan dan sungguh hina. Mereka telah menempatkan Merrick di belakang sebuah kedai dengan katil besi. Mereka dapati Merrick tidur dengan keadaan duduk dengan dagu/kepalanya direhatkan di atas lututnya.

Rumah pameran Merrick itu terletak berdekatan dengan Hospital. Pada satu hari seorang Doktor Frederick Treves telah dibawa menemui Merrick. Treves kemudiannya membawa Merrick ke hospital untuk diperiksa. Merrick memakai topi yg besar dan kain (lihat gambar bawah) bagi mengelakkan dia dari diperhatikan orang di sepanjang perjalanan itu. Pelbagai ujian telah dijalankan ke atas Merrick sampai satu tahap Merrick tidak mahu lagi diuji sebab katanya dia dibogelkan dan diperiksa selalu sehingga dia rasa seolah-oleh diperlakukan seumpama binatang yang diperdagangkan di pasar.


Pertunjukan pameran Merrick sudah dibatalkan kerana membuatkan ramai merasa kurang senang dengan fizikal dan wajah yang menggerunkan dan menjijikan Merrick. Polis dan penguatkuasa memerintakan supaya kedai pameran tersebut ditutup. Merrick berpindah ke bandar Eropa di bawah penjagaan Ferrari. Malangnya pertunjukkan di situ juga tidak mendapat sambutan dan kedai pameran di situ juga turut diperintahkan tutup. Merrick telah dipulaukan oleh Ferrari malah dia juga telah mencuri duit simpanan Merrick sebanyak 50 pound. Sebenarnya Merrick menyimpan wang kerana dia mempunyai keinginan untuk membeli dan memiliki rumahnya sendiri. Tapi kini wang simpanannya dari hasil tilik peluhnya sendiri sudah diambil orang.

Bila dipulaukan, Merrick mahu menaiki feri ke Dover, tetapi dia tidak dibenarkan naik. Dia kemudiannya menaiki kapal ke Harwich dan kemudian menaiki keretapi ke Liverpool Street. Di sana dia tidak pula tahu ke mana dia harus tuju. Rumah2 kebajikan tidak ada di sana. Dia mendapatkan orang ramai untuk menolongnya tetapi kerana pertuturannya itu sukar difahami, orang ramai makin ingin tahu tentang dirinya. Orang ramai mula mengerumuni Merrick dan ini membuatkan polis menariknya dan meletakkanya di sebuah tempat jauh dari perhatian orang untuk dia berehat. Mereka juga tidak tahu apa yang cuba Merrick cakapkan. Tetapi di saku Merrick ada sekeping kad kepunyaan Doktor Treves. Treves dihubungi dan dia membawa Merrick pulang ke hospital.

Merrick cepat dapat menyesuaikan dirinya di hospital London. Treves melawatnya seharian dan menjadi kawan baiknya. Kini Merrick akhirnya mula menemui seseorang yang faham pertuturannya. Treves mendapati, sehingga ke usia 20an itu, Merrick masih menyimpan dan membawa gambar ibu kandungnya. Merrick masih sering ingat akan ibunya dan dia amat merindui belaian ibunya. Hanya ibunya yang mengenalkannya erti nilai sebuah kasih-sayang sedangkan dunia mencemuhnya.

Merrick juga merupakan seorang yang selalu ingin tahu tentang dunia. Dia amat suka membaca buku dan menghabiskan masanya membaca buku di hospital. Dia menghabiskan masanya dengan membaca buku dan membuat model bangunan dari kad.

Ketumbuhan Merrick masih lagi tumbuh. Kepalanya semakin membesar dan berat. Satu hari pada pukul 3 ptg, seorang doktor telah datang untuk melawat Merrick dan mendapati Merrick sudah meninggal dunia di atas katil. Sewaktu bedah siasat, doktor mendapati sebenarnya Merrick sepatutnya tidur dengan cara duduk dan mendagu atau menyandarkan kepalanya pada lututnya tapi pada malam itu Merrick telah cuba untuk tidur seperti orang lain. Dia mahu merasakan dirinya seperti orang lain dengan tidur seperti biasa di atas katil. Kerana percubaan ini, tulang tengkuknya patah disebabkan kepalanya yang berat dan tak seimbang dengan badannya. Itulah nasib Merrick. Dia mati ketika ingin merasakan dirinya seperti orang lain...

Salah satu puisi yang sering ditulis Merrick di akhir setiap warkahnya berbunyi begini:

"Tis true my form is something odd,
But blaming me is blaming God.
Could I create myself anew,
I would not fail in pleasing you.
If I could reach from pole to pole,
Or grasp the ocean with a span,
I would be measured by the soul,
The mind's the standard of the man."


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Japanese Red Army (JRA) - Serangan Di Bangunan AIA Jalan Ampang

Latar Belakang JRA

JRA dikenali juga sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Pegasas JRA ialah Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. Amerika terlibat dalam Perang Vietnam 1957-April 1975.

Sekitar 1970-an banyak serangan dan pembunuhan dilancarkan di seluruh dunia. Serangan pembunuhan dilakukan di Lapangan Terbang Lod di Israel pada 1972. Kumpulan Black September telah menyerang dan membunuh 11 atlet Israel di perkampungan Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.

Tujuan perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969 . JRA dalam bahasa Jepun ialah 'Sekigun-ha'. pemimpin intelektual JRA iaitu Takaya Shiomi telah dipenjarakan pada 1970. Ahlinya seramai 200 orang, bergabung dengan Rengo Sekigun atau United Red Army pada Julai 1971. 12 daripada ahlinya mendapat latihan senjata di puncak gunung Jepun.

Pada 1971, JRA berkerjasama rapat dengan perjuangan Palestin iaitu Barisan pembebasan Popular Palestin (PFLF).


Serangan Di Bangunan AIA Di Jalan Ampang

Krisis tebusan Bangunan AIA berlaku pada hari Isnin, 4 Ogos 1975 apabila pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) merampas bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan / Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. JRA adalah serpihan daripada Liga Tentera Merah Komunis Jepun. Malaysia tidak pertama kali berhadapan dengan tebusan seumpama itu. Rampasan ini tiga tahun selepas peristiwa Black September di Munich, Jerman pada 5 September 1972.

Bangunan AIA (American Inssurance Associates) menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden. 10 orang Tentera Merah Jepun telah merempuh masuk dan menawan 53 orang di dalamnya selama 3 hari. Semua tebusan dikumpulkan di tingkat 9, bangunan AIA, Jalan Ampang. Tebusan ditahan selama 79 jam. Jika tuntutan tidak dipenuhi, semua 53 tebusan akan dibunuh. Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari penjara Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas JRA ke Libya.

Hasil rundingan, JRA berjaya membebaskan lima orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden . Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya.


Nippon Seki-gun (JRA)

Mereka menuntut diterbangkan ke negara Libya. Reputasi umum ketika itu, Presiden Libya, Muammar al-Gaddafi menyokong perjuangan kemerdekaan di serata dunia, termasuk perjuangan PLO menuntut pembebasan bumi Palestin dari cengkaman Israel, gerakan Moro di Mindanao dan IRA di Ireland.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Mohammed Hanif Omar. Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie. Ketika itu, Tun Ghazali berada di Indonesia tetapi berjaya berunding dengan tawanan. Beliau telah berkomunikasi dengan JRA. Beliau berada di dalam bangunan selama 3 hari. Hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan.

Tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Ramli Omar dan KSU kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu , yang mereka rampas dari Korea Selatan.

Kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka. kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975.[3] Dari awal hingga akhir, tidak ada pertumpahan darah berlaku.

Antara tebusan itu ialah :

1.Fredrik Bergenstrahle - Pegawai kedutaan Sweden
2.Ulla Odqvist - setiausaha Kedutaan Sweden

Kesan

Krisis ini dikira kemenangan kepada perjuangan organisasi JRA. Semakin banyak rampasan kapal terbang berlaku selepas itu . Tahun 1970-an adalah kemuncak perjuangan JRA.

Amerika Syarikat kemudiannya memindahkan kedutaannya di lokasi baru di persimpangan Jalan Ampang berikutan insiden ini. Kerajaan Malaysia pula menubuhkan Unit Tindakan Khas (UTK) yang ditugaskan bagi menangani insiden serangan dan penahanan tebusan seperti ini.

Raja Sweden Carl XVI Gustaf menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada Tan Sri Osman Samsuddin Cassim pada 16 September 2009 , kira-kira 34 tahun kemudian. Anugerah itu telah diadakan sehak 1748. Anugerah itu disampaikan oleh duta Sweden ke Malaysia, H.E. Helena SĂ„ngeland.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 beberapa bulan selepas peristiwa itu.


Aktiviti JRA di Seluruh Dunia

Semasa 1970-an dan 1980-an, JRA melaksanakan serangan-serangan bersiri di seluruh dunia, termasuk:


31 Mac 1970:
Sembilan ahli-ahli terdahulu JRA, Komunis Jepun League-Red Army Faction, paling terkenal merampas, Japan Airlines Flight 351, Boeing 727 membawa 129 orang di Tokyo International Airport. Kesemua penumpang telah dibebaskan. Ia kemudiannya terbang ke Kore Utara. Tanaka adalah satu-satunya yang disabitkan kesalahan. Tiga daripada rakan jenayah Tanaka meninggal dunia di Korea Utara dan lima kekal di sana. Menurut Jepun National Police Agency, seorang lagi rakan mungkin juga telah meninggal dunia di Korea Utara.

30 Mei 1972:
Pembunuhan Beramai-ramai di Lapangan Terbang Lod Israel Airport dalam Tel Aviv, kini Ben Gurion International Airport: satu serangan menggunakan senapang 'Sa vz.58' dan serangan bom .Membunuh 24 orang; kira-kira 80 orang lain telah cedera. Seorang daripada tiga penyerang kemudiannya membunuh diri mereka dengan sebutir bom tangan, ada yang percaya ini adalah satu kemalangan. Seorang lagi telah ditembak ketika berbalas tembakan.

Julai 1973:
Tentera Merah Jepun memimpin satu rampasan Japan Airlines (JAL) yang terbang ke Belanda. Penumpang dan anak kapal telah dikeluarkan di Libya, di mana perampas-perampas kemudiannya memusnahkan kapal terbang itu.

Januari 1974:
Tentera Merah Jepun menyerang satu kemudahan Shell di Singapura dan menawan 5 tebusan; serentak itu, PFLP merampas kedutaan Jepun di Kuwait. Orang-orang yang ditahan telah ditukar dengan wang tebusan dan Tentera Merah Jepun menyelamatkan diri ke South Yemen menggunakan kapal terbang Japan Airlines.

13 September 1974:
Telah menyerang Duta Perancis dan Belanda. 10 orang awam telah menjadi tebusan dan seorang polis Hanke Remmerswaal berbangsa Belanda, telah ditembak di belakang, menembusi paru-parunya. Selepas satu tempoh yang panjang, tebusan itu dibebaskan dengan pembebasan seorang anggota Tentera Merah Jepun yang berada di penjara Yatsuk Furuya di samping meminta $300,000. Mereka melarikan diri menggunakan sebuah pesawat.

4 Ogos 1975:
Tentera Merah Jepun telah menahan 50 orang tebusan di bangunan AIA , Kuala Lumpur. Menahan beberapa orang kedutaan di Kuala Lumpur. Tebusan-tebusan itu termasuk konsul AS dan Sweden. Tentera Merah Jepun itu menang dengan pembebasan lima rakan mereka yang dipenjarakan di negara-negara tersebut. Mereka kemudiannya terbang ke Libya.


Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak ketika melawat tempat kejadian.

September 1977:
Tentera Merah Jepun merampas Japan Airlines Flight 472 di India dan terpaksa mendarat di Dhaka, Bangladesh. Kerajaan Jepun membebaskan 6 rakan anggota Tentera Merah Jepun yang dipenjarakan. Jepun juga dikatakan membayar wang tebusan $6M.

Disember 1977:
Kapal terbang Malaysia Airlines System (MAS) dirampas ketika di dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada 4 Disember 1977. Pesawat MH 653 jenis Boeing 737-2H6 ini kemudiannya diarah untuk mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura namun jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor.

Peristiwa yang mencatat sejarah hitam buat Malaysia ini mengakibatkan kesemua 93 penumpang serta 7 anak kapal terbunuh. Antara individu penting di dalam penerbangan tersebut termasuklah Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan awam, dato' Mahfuz Khalid dan Duta Besar Cuba di Jepun, Mario Garcia.

Selain Rakyat Malaysia, penerbangan tersebut juga membawa warganegara Afghanistan, Australia, Cuba, Kanada, Jermat Barat, India, Indonesia, Jepun, Singapura, British, Amerika Syarikat dan Thailand.

Pesawat berkenaan dipercayai terhempas setelah perampas JRA menembak juruterbang serta pembantunya. Perampas berkenaan juga dikatakan menembak dirinya sebelum pesawat terhempas. Kesemua mangsa kemudiannya di kebumikan dalam satu liang besar di Tanjung Kupang, Johor dalam satu majlis yang mencatat sejarah duka di Malaysia.


Mei 1986:
Tentera Merah Jepun menembak menggunakan mortar di kedutaan-kedutaan Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat di Jakarta, Indonesia.

Jun 1987:
Satu serangan serupa telah dilancarkan terhadap orang British dan kedutaan-kedutaan Amerika Syarikat di Rom, Itali.

April 1988:
Tentera Merah Jepun mengebom tentera AS di Naples, Itali, 5 kematian.

Dalam bulan yang sama, pengendali JRA YĆ« Kikumura telah ditangkap dengan bahan letupan di lebuh raya Turnpike, New Jersey, bersama pengeboman USO. Dia telah disabitkan kesalahan ini dan menghabiskan masa di penjara Amerika Syarikat sehingga pembebasannya pada bulan April 2007. Di atas kepulangannya ke Jepun, dia lantas ditahan kerana disyaki menggunakan dokumen-dokumen perjalanan palsu.

JRA melancarkan satu siri 17 pengeboman pada bangunan-bangunan kepunyaan perbadanan besar, termasuk Mitsui.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Hari Ibu Yang Sebenar


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Dalam Islam memperingati ibu tidak semestinya nak tunggu hari ibu. Jasa ibu hendaklah sentiasa diingati oleh anaknya kerana sebelum lahir lagi si ibu telah pun melempar jasa, menongkang arus kehidupan, dan memerah keringa untuk membesarkan-mu. Takkan lah hari ibu baru korang nak menghargai ibu-mu..

PIKIR-PIKIRKAN LAH...

WALLAHUALAM.....


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Botak Chin


Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.


Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan.

Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.

Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu.

Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.

Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.

Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.

Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu.

Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...