Sejarah Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak

Selain ubat batuk, jenama Cap Ibu dan Anak juga mempunyai produk jenis gula-gula.

UBAT batuk Cap Ibu dan Anak, tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini kerana ia membantu melegakan batuk, ketidakselesaan atau kesakitan tekak.

Produk keluaran Nin Jiom Medicine Mfy (HK) Ltd, dari Hong Kong itu, merupakan ubat herba asli tradisional orang Cina, yang dipanggil sebagai Nin Jiom Pei Pa Koa, dalam Bahasa Cina, tetapi di Malaysia, jenama itu dikenali sebagai ubat batuk Cap Ibu dan Anak.

Formula ubat itu dibangunkan daripada preskripsi ditulis Dr Ip Tin-See, seorang doktor bagi keluarga diraja.

Ramuan yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu, menepati keperluan moden pada hari ini.

Sejarah ubat batuk itu bermula ketika zaman Dinasti Qing lagi, apabila seorang komander wilayah, dipanggil Yang Xiaolian meminta bantuan Dr Tin-See merawat ibunya, yang batuk berterusan selama beberapa bulan.

Doktor itu memberikan campuran herba semula jadi dan madu, yang akhirnya menyembuhkan ibu Xiaolian.

Kagum dengan hasilnya, ibu Xiaolian meminta anaknya menghasilkan ubat batuk secara meluas bagi membantu mengubati orang lain, yang mengalami penyakit sama.

Keluarga Xiaolian kemudian menubuhkan sebuah kilang di Beijing, bagi mengeluarkan ubat batuk dinamakan ‘Nin Jiom’ (ibu saya dalam ingatan) Pei Pa Koa (sirap lokuat).

Semasa Perang China-Jepun, keluarga Yang melarikan diri ke Hong Kong, sebelum berhijrah ke Brazil.

Namun kerana memerlukan wang untuk berhijrah, selain khuatir kehilangan formula ubat batuk tersebut, keluarga Yang menjual perniagaan mereka, kepada pengamal perubatan Cina tempatan, Tse Siu-Bong.

Siu-Bong kemudian menghasilkan sirap batuk di kedai perubatan Cina dan membuka syarikat Nin Jiom Medicine Manufacturing (HK) Ltd, diperbadankan pada 1962, beribu pejabat di Hong Kong, serta menubuhkan kilang pengeluaran di Taiwan dan Singapura.

Pada lewat 1970-an, rangkaian pengedaran produk jenama itu diperluaskan lagi ke Asia Tenggara.

Kini, syarikat itu telah membina satu rangkaian jualan global yang merangkumi lebih 20 negara.

Selain ubat batuk, jenama Cap Ibu dan Anak turut mempunyai rangkaian produk 'candy' (gula-gula) dalam tiga perisa pilihan, iaitu original, super mint dan tangerine-lemon.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kisah Perogol Bersiri Malaysia, Sadis!

KISAH PEROGOL BERSIRI MALAYSIA, DAH NAK MATI PUN SURUH LETAK BUKU 'BLUE' DALAM KERANDA!

BERCAKAP mengenai kes rogol ini, ramai ingat Mail Kerbau yang terkenal sekitar tahun 80an dulu dengan kes-kes rogolnya, namun tak ramai yang tahu bahawa 'rekod' kes rogol sebenarnya dipegang oleh mendiang Lee Chow Meng yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Di antara tahun 1986 -1987 saja, Chow Meng dipercayai merogol 18 orang wanita...itu kes yang dilaporkan pengadu...yang tak report mungkin lebih.

Lebih kejam, dia bukan saja mencabul/ merogol - dia juga disyaki membunuh sekurang-kurangnya lima daripada mangsanya.

Modus operandi dia mudah, dia akan cari mangsa wanita di dalam iklan di akhbar-akhbar.

Sebab itu antara mangsa Chow Meng adalah penjual bunga, guru tiusyen dan ejen insurans yang selalu letak nombor telefon mereka dalam ruangan tersebut.

Mula-mula dia ajak dating, lepas tu dia akan masukkan ubat khayal dalam minuman wanita-wanita itu.

Dari situ dia mula mencuri barang peribadi mangsanya sebelum merogol mereka. Untuk elak daripada perbuatan jenayahnya itu bocor, Chow Meng tidak teragak-agak untuk membunuh mangsanya!

Pihak polis pernah menawarkan ganjaran hingga RM50,000 (ketika itu) dan mengedarkan lebih 40,000 poster wajahnya pada orang ramai dalam usaha untuk memburu Chow Meng.

Namun pada 28 0gos 1997, segalanya berakhir apabila dia berjaya ditembak di peha ketika cuba melarikan diri daripada kepungan pihak polis. Ketika itu dia baru buat ugutan untuk menyebarkan gambar bogel seorang lagi mangsa rogolnya.

Ketika dia dibicarakan atas kes bunuh, dia terselamat dari hukuman gantung tetapi terpaksa menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana pelbagai kesalahan lain.

Pada 30 Mac 2001, Chow Meng dikejarkan ke Hospital Taiping dan disahkan mati akibat radang paru-paru. Rupanya dia telah dijangkiti kuman HIV.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Chow Meng sempat meminta pihak Jabatan Penjara memasukkan dua buku panduan seks di dalam kerandanya! Permintaan itu dibenarkan Jabatan Penjara.

Mayat Chow Meng akhirnya dibakar sebelum abunya ditabur di sebuah perkampungan nelayan di Perak.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Panjat Pagar Tersula Leher Sendiri

Pasukan penyelamat menyelamatkan Tharathep Wanacharoenlap, 11 yang tersangkut di atas pagar.
 

CHACHOENSAO - THAILAND. Seorang kanak-kanak tersangkut di atas pagar dengan besi pagar itu berada di dalam lehernya selepas tergelincir ketika memanjat pagar berkenaan Selasa lalu.

Laporan Dailymail, mengatakan Tharathep Wanacharoenlap, 11, bernasib baik kerana besi tajam pagar tidak mengenai arterinya ketika menembusi leher mangsa.

Lebih menakjubkan, mangsa berjaya memautkan diri selama lebih 10 minit dan mengelakkan dirinya daripada terjatuh dan menyebabkan kecederaan yang lebih parah.

Mangsa akhirnya diselamatkan pasukan penyelamat yang datang memotong besi tersebut dan membawanya ke hospital.

Tharathep kini sedang dirawat di hospital dalam keadaan stabil.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Ubat Pesakit Dengan Racun Serangga?

AFRIKA SELATAN - Satu upacara pengubatan pesakit yang cukup aneh dan berbahaya dengan menyembur racun serangga aerosol dilakukan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘nabi’ di daerah Limpopo.


Lelaki tersebut, Lethebo Rabalago, 24, yang bijak berpidato mendakwa semburan racun serangga berjenama ‘Doom’ itu akan menyembuhkan penyakit yang dihidapi pengikutnya.

“Orang yang datang dengan kecederaan dan selepas mereka disembur dengan racun serangga Doom, mereka sembuh,” katanya.

Ritual agama dan pengubatan itu berlangsung hujung minggu lalu di Perhimpunan Agung Mount Zion dilakukan ke atas sukarelawan gereja yang merupakan pengikutnya turut didakwa akan membawa kemuliaan Tuhan.

Gambar-gambar ritual tersebut kini tersebar di media sosial dan mengundang kecaman netizens kerana ia boleh membahayakan kesihatan individu yang terkena semburan bahan kimia tersebut.

Netizen juga menyelar ‘kebo.dohan’ pengikut nabi palsu itu yang gagal membezakan baik buruk tindakan tersebut.

Sementara itu, syarikat pembuat racun serangga Doom dalam kenyataannya menggesa Rabalago menghentikan ritual tersebut.

“Kami mendapati tindakan itu membimbangkan, sangat jelas tidak selamat menyembur sebarang produk Doom atau mana-mana racun serangga pada muka manusia

“Produk Doom dibuat untuk membunuh serangga tertentu seperti dijelaskan pada pembungkusan tin.

“Menggunakan produk ini untuk tujuan lain boleh menimbulkan risiko kesihatan dan berbahaya,” jelas kenyataan pengeluar racun serangga itu.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...